Wanita pertama dari neraka

Oleh ADINDA

Mungkin generasi muda sekarang tidak mengenali Imelda Marcos yang merupakan isteri kepada bekas Presiden Filipina iaitu Ferdinand Marcos. Pernah satu ketika di mana beliau ditolak oleh rakyat di sana. Walaupun sesetengah pemimpin berakhir dengan gembira tetapi beliau pernah digelar ‘rama-rama besi’.

Mesti ramai yang terpinga-pinga kenapa beliau digelarkan sedemikian. Ini kerana beliau pernah menyalahgunakan kuasa suatu ketika dahulu.

“SAYA perlu nampak cantik agar rakyat miskin melihat saya sebagai bintang mereka,” itu kenyataan yang pernah dilafazkan bekas First Lady Filipina, Imelda Marcos.

Bertopengkan status First Lady, Imelda menggunakan duit rakyat Filipina selama lebih 20 tahun untuk bermewah-mewah dan berbelanja sakan.

Sikap tamak dan boros isteri Presiden Filipina itu memaksa rakyat mengggulingkan pentadbiran suaminya, Ferdinan Marcos pada 1986.

Hidup senang atas kesusahan orang lain, Imelda disamakan dengan beberapa First Lady dunia lain seperti Marie Antoinette, Maureen Mcdonnel, Asma Al Assad dan Gucci Grace Mugabe.

Di Malaysia pernah juga dikaitkan dengan kewujudan watak seumpama ini iaitu Datin Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga kelihatan sering kali bermewah dengan hiasan yang mahal sehingga turut disebut menjadi punca kejatuhan kerajaan  BN dalam PRU.

https://www.youtube.com/watch?v=Wf82V0Mp59c