Realtime website trackingweb stats

Wanita Malaysia ini cerita keadaan sebenar kota dilaknat Al Ula, tempat Zul Ariffin lawati sampai disound Ustaz Azhar Idrus

Oleh ADINDA

Wanita Malaysia ini cerita keadaan sebenar kota dilaknat Al Ula, tempat Zul Ariffin lawati sampai disound Ustaz Azhar Idrus.

Perkongsian pelakon dan hero terkenal tanah air, Zul Ariffin yang memuat naik video Ogos lalu ketika berkunjung ke kota Al Ula, Arab Saudi kembali viral sehingga mendapat kritikan netizen.

Ramai peminat beliau kecewa kerana kawasan itu dikatakan kawasan yang dilarang untuk dikunjungi oleh umat Islam.

Tetapi benarkah kota Al Ula yang dilawati oleh pelakon tersebut adalah lokasi terkutuk yang dilaknat Allah SWT dan Nabi SAW?

Berikut adalah perkongsian seorang wanita, Wahida Shukeri tentang kota larangan tersebut.

Minggu ini banyak pulak tanya saya pasal Kota Al Ula yang dilaknat itu. Sebab mungkin sahabat-sahabat tengok banyak saya kongsi saya ke Al Ula masa saya tinggal di Saudi dulu. Bulan Julai lepas saya ada ke sana juga sebelum balik. Pendek kata sebelum Al Ula ada, tengah dibangunkan sampai lah sekarang.

Wanita Malaysia ini cerita keadaan sebenar kota dilaknat Al Ula, tempat Zul Ariffin lawati sampai disound Ustaz Azhar Idrus. Perkongsian pelakon dan hero terkenal tanah air, Zul Ariffin yang memuat naik video Ogos lalu ketika berkunjung ke kota Al Ula, Arab Saudi kembali viral sehingga mendapat kritikan netizen.

Bukan saya tidak tahu tentang larangan ke Al Ula. Semestinya tahu, dah nama pun tempat yang dilarang sebagai orang Islam untuk ke sana. Tapi mungkin ramai yang memang tak tahu Al Ula ni besar. Al Ula tempat orang tinggal bertahun tahun, ada sekolah, ada masjid, ada hospital, ada airport, ada pejabat kerajaan, ada semua lah. Kalau Al Ula haram untuk pergi dan di diami, mestilah tiada orang di Al Ula tu, kan orang Arab Saudi kan semua Muslim.

Yang tidak digalakkan untuk pergi adalah Madain Saleh (Hegra). Tempat ni dalam 30km around 20 minit dari Al Ula. Nak masuk Madain Saleh, kena ada permit. Dia bukan suka-suka boleh lalu nampak tepi jalan. Jangan risau la sampai nak terbang kalau boleh tak nak lalu situ. Ada banyak lagi jalan lain yang tak perlu pun lalu situ.

Madain Saleh tu orang Arab Saudi tak sebut Madain Saleh. Orang dia akan sebut Sin City of Madain Saleh. Dan saya sendiri pun tak pernah pergi dan takde keinginan nak pergi Madain Saleh tu.

Wanita Malaysia ini cerita keadaan sebenar kota dilaknat Al Ula, tempat Zul Ariffin lawati sampai disound Ustaz Azhar Idrus. Perkongsian pelakon dan hero terkenal tanah air, Zul Ariffin yang memuat naik video Ogos lalu ketika berkunjung ke kota Al Ula, Arab Saudi kembali viral sehingga mendapat kritikan netizen.

Saya pergi Al Ula lebih 20 kali dalam hidup. Cuti saja atau ada resort/chalet baru yang buka, saya memang akan menjadi orang pertama check in kat situ. Saya ini kategori orang yang mesti datang ke Al Ula.

Tapi bukan Madain Saleh. Jadi jangan lah nak mendosakan orang atau nak melaknat orang hanya sebab dia ke Al Ula. Al Ula itu, Rasulullah pun pernah solat kat situ. Hidup ini kena berilmu, rajin membaca, rajin bertanya. Asal baca tajuk saja, terus kita laknatkan orang. Akhirnya dapat dosa percuma.

Wanita Malaysia ini cerita keadaan sebenar kota dilaknat Al Ula, tempat Zul Ariffin lawati sampai disound Ustaz Azhar Idrus. Perkongsian pelakon dan hero terkenal tanah air, Zul Ariffin yang memuat naik video Ogos lalu ketika berkunjung ke kota Al Ula, Arab Saudi kembali viral sehingga mendapat kritikan netizen. Wanita Malaysia ini cerita keadaan sebenar kota dilaknat Al Ula, tempat Zul Ariffin lawati sampai disound Ustaz Azhar Idrus. Perkongsian pelakon dan hero terkenal tanah air, Zul Ariffin yang memuat naik video Ogos lalu ketika berkunjung ke kota Al Ula, Arab Saudi kembali viral sehingga mendapat kritikan netizen.

Berapa ramai kawan kawan dan student saya yang dari Al Ula dan kerja di Al Ula. Adakah mereka dilaknat setiap hari?
Wallahualam.

*sis pakai stokin tu ya. Jangan salah faham. 😅

Baca:

Tulis terbalik pun tulisan jururawat ini cantik, kebolehan yang hanya ada pada si tangan kidal

Rimas banyak tahi cicak di rumah? Rupanya guna lampu kuning lebih baik daripada lampu putih

Isteri sedih susahnya nak cari duit, rupanya ini sebab suaminya jamah kek hari jadi pelanggan