Cerita pernikahan pasangan pengantin di Cianjur, Jawa Barat, sedang menjadi perbualan hangat apabila ternyata ‘pengantin perempuan’ sebenarnya adalah lelaki yang menyamar sebagai wanita.
Menurut keluarga pengantin lelaki, kebenaran ini terungkai selepas mereka menyelidik latar belakang keluarga ‘pengantin perempuan’.
Pasangan tersebut dikenali melalui platform media sosial, di mana individu yang menjadi ‘pengantin perempuan’ menggunakan nama palsu Andini Kanza dan kerap memuat naik gambar dengan pakaian wanita.
Walau bagaimanapun, setelah kebenarannya terbongkar, kedua-dua keluarga memutuskan untuk berjumpa dan menyelesaikan perkara secara berdamai.
“Kedua-dua mereka telah menandatangani surat perjanjian untuk tidak meneruskan perkara itu,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis, Ridwan Taupik.
Katanya, ‘pengantin perempuan’ yang dikenali sebagai ESH telah meminta maaf dan bertekad untuk tidak mengulangi kesilapannya.
Tambahan pula, beliau bersedia untuk memberi pampasan kepada keluarga pengantin lelaki bagi menanggung kerugian yang timbul.
Bapa pengantin lelaki akhirnya bersetuju untuk berdamai memandangkan keadaan ibu bapa ESH yang sudah tua dan uzur.
Baca:
Majlis berjalan lancar tapi Afifah Nasir kecewa dengan Judika? Rupanya ini sebabnya
Isu kasino di Forest City, wartawan Bloomberg hadir beri keterangan