Tidak dapat dinafikan bahawa halia merupakan salah satu bahan masakan yang sangat popular dan kerap digunakan dalam penyediaan makanan.
Untuk pengetahuan anda, halia berasal daripada akar tumbuhan yang banyak dijumpai di kawasan Asia yang beriklim panas seperti China, Jepun, dan India.
Namun, kawasan Timur Tengah kini juga telah mula menanamnya, dan halia kini banyak digunakan sebagai ubat dan bahan makanan.
Seperti yang sedia maklum, halia kerap digunakan untuk merawat loya dan muntah.
Selain itu, ia juga digunakan dalam merawat masalah seperti kekejangan haid, osteoartritis, diabetes, migrain, dan banyak lagi.
Baru-baru ini, halia juga digunakan sebagai bahan wangi dalam sabun dan produk kosmetik.
Walaupun terdapat banyak manfaat yang boleh diperoleh daripada halia, namun kita juga perlu berhati-hati kerana halia mempunyai beberapa kesan sampingan yang boleh menjadi racun kepada badan.
Tiga Risiko Pengambilan Halia Secara Berlebihan
1. Penggunaan halia pada kulit boleh memberikan lega dalam merawat masalah kulit dalam jangka masa pendek.
Walaubagaimanapun, ia mungkin menyebabkan iritasi kepada kulit bagi sesetengah individu.
2. Mengambil halia secara berlebihan boleh menyebabkan gangguan dalam sistem pendarahan.
Tambahan pula, dos halia yang tinggi mungkin akan memburukkan lagi keadaan jantung.
3.Diabetes
Halia boleh meningkatkan kadar insulin dalam tubuh atau menurunkan tahap gula darah.
Oleh itu, anda mungkin perlu menyesuaikan pengambilan halia dengan ubat diabetes anda, di bawah penjagaan rundingan dari penyedia penjagaan kesihatan anda.
Menurut Pusat Nasional untuk Kesihatan Pelengkap dan Integratif, perlu diingatkan bahawa halia juga boleh berinteraksi dengan ubat penipis darah.
Bukan itu saja, individu yang minum air teh halia secara berlebihan juga mungkin mengalami kesan sampingan ringan, seperti:
• Gas
• Sakit perut
• Cirit-birit
• Pedih ulu hati
Satu kajian yang menggunakan data daripada 1,020 wanita di Amerika Syarikat, mengkaji keselamatan halia semasa tempoh kehamilan.
Para penyelidik mendapati bahawa penggunaan halia semasa kehamilan untuk merawat mual dan muntah boleh meningkatkan risiko:
•Kelahiran mati
•Kecacatan kelahiran
•Kelahiran pramatang
Walau bagaimanapun, kajian ini masih dalam peringkat awal dan tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan keburukan halia.
Oleh itu, sebaiknya anda berbincang dengan doktor sebelum minum air halia semasa hamil.
Baca:
Padah enggan guna laluan motor, kereta pula ‘pancung’ dua lorong, patut JPJ pun berang
“Cukup-cukuplah berbohong dan play victim” bekas kekasih gelap mahu Beckham jujur
Tahniah! Usaha boikot berjaya buat 3 syarikat gergasi pro Zionis alami kerugian