Realtime website trackingweb stats

Wanita dibelasah penyondol lepas kantoikan mesej perbualan dengan suami

Oleh ADINDA

Seorang isteri teruk dibelasah oleh wanita yang didakwa merupakan kekasih gelap suaminya yang telah menularkan perbualan mereka di Facebook.

Mangsa, Shintia Bella Syafirah, 21 tahun telah bertemu dengan suspek kerana mahu menyelesaikan permasalahan antara mereka.

Kejadian itu berlaku di Lebong, wilayah Bengkulu pada Jun lalu dan berdasarkan laporan polis yang dibuat kronologi insiden itu bermula apabila Shintia terjumpa pengguna Facebook bernama Gina menularkan suaminya di platform tersebut.

Menerusi hantaran itu, Gina menulis,

Lelaki sudah beristeri ajak untuk berkenalan.”

Shintia kemudian menghantar mesej dan bertanya mengapa dia berbuat sedemikian sebelum mereka berdua bersetuju untuk bersemuka bagi menyelesaikan konflik itu.

Bagaimanapun, pada hari pertemuan 15 Jun lalu Gina telah mengajak seorang rakan mengikutinya lalu mereka menyerang dan memukul Shintia sehingga menyebabkan beberapa kecederaan di kepala.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lebong, Iptu Alexander berkata mangsa menyatakan bahawa suaminya telah mengajak suspek berkenalan menerusi Facebook tanpa pengetahuannya.

Namun, suspek kemudian berkongsikan screenshot perbualan dengan lelaki tersebut dan menularkannya di media sosial.

Difahamkan, suspek serta rakannya itu telah pun ditahan ihak berkuasa selepas dilaporkan melarikan diri selama tiga minggu dan siasatan kini sedang dijalankan.