Realtime website trackingweb stats

Wanita ajar cara rahsia baju kekal wangi wangi, boleh cuba sekarang

Oleh NUR KASIH

Meskipun pelbagai jenama sabun pencuci yang dicuba, namun hasilnya tetap menghampakan.

Malah warga maya turut berteka-teki sekiranya mereka tersilap teknik sehingga menyebabkan pakaian gagal mencapai tahap keharuman yang diingini.

“Baju saya tak bau wangi pun selepas kering disidai, cuma bau matahari.

Apa rahsia dia sebenarnya, kalau mak saya basuh, mesti luar biasa harumannya.

“Mungkin ada kaitan dengan nisbah campuran sabun dan pelembut fabrik? Sesiapa boleh kongsi?” demikian rungutan warga maya.

Wanita ajar cara rahsia baju kekal wangi wangi, boleh cuba sekarang

Dalam pada itu, seorang wanita tampil berkongsikan petua membasuh baju yang diturunkan oleh ibunya, malah keberkesanannya diperakui ramai.

“Ini apa yang ibu saya selalu buat, tak pernah gagal lagi. Jom kita tengok,” ujarnya.

Langkah-langkah:

1) Basuh pakaian menggunakan air suam di dalam mesin tanpa meletakkan sebarang sabun (Tujuannya untuk buang bau peluh pada pakaian selepas terperap dalam bakul)

2) Bilas dan masukkan sabun pencuci untuk basuhan kedua

3) Bilas dan rendamkan bersama pelembut fabrik selama lima minit

4) Bilas dan rendamkan pula ke dalam air sejuk

5) Bilas buat kali terakhir sehingga bersih sepenuhnya. Kini sedia untuk dikeringkan

Maklum balas

“Betul, mak saya pun buat begini! Walaupun makan masa tapi menyerlah bau wangi tu. Berbaloi untuk cuba kalau betul pentingkan keharuman pada pakaian kita.

“Kalau nak hasil yang gempak, usahanya pun kena la lebih juga,” ujar pelayar.

Baca :