Realtime website trackingweb stats

Walau berstatus negara maju, makin ramai penduduknya ikat perut, makan sayur pun tak mampu

Oleh ADINDA

Walau berstatus negara maju, makin ramai penduduknya ikat perut, makan sayur pun tak mampu.

Semakin ramai penduduk di Perancis terpaksa mengurangkan kos untuk makanan dan kesihatan kesan daripada masalah kewangan yang dihadapi, menurut tinjauan baharu pada Rabu.

Menurut tinjauan Ipso yang dijalankan bagi pihak organisasi bantuan Secours Populaire (People’s Relief), 32 peratus reponden tidak mampu untuk membeli makanan yang mencukupi atau makanan sihat bagi memenuhi keperluan makanan tiga kali sehari, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kebanyakan memilih untuk mengehadkan pengambilan daging, dengan 72 peratus mengatakan sekali-sekala sahaja menikmati daging.

Dalam tinjauan yang dijalankan selama dua hari bermula 17 Jun, Ipsos menemu bual 996 orang berumur 16 tahun ke atas melalui telefon.

Sebanyak 43 peratus daripada responden mengatakan mereka tidak lagi mampu untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Peningkatan inflasi dan harga barangan yang melonjak menyebabkan ramai rakyat di Perancis kin i berada di bawah paras kemiskinan.

Sebanyak 53 peratus responden berkata mereka tidak boleh menyimpan dan 18 peratus lagi mempunyai baki negatif dalam akaun bank.

Sementara itu, 45 peratus rakyat Perancis berkata mereka tidak dapat membayar sekurang-kurangnya sebahagian daripada perbelanjaan perubatan.

Kuasa beli dan harga tinggi terus membimbangkan ahli politik dan rakyat.

Menteri Ekonomi Bruno Le Maire telah berulang kali mendesak syarikat makanan mengurangkan harga makanan.

Baca:

‘Abang Agong’ dan ‘Datin Permaisuri’ dah lima hari jelajah Sabah, selepas ini ke Sarawak pula

Makin ramai anak muda derita 29 jenis kanser, ketahui 6 penyebab kes kanser naik mendadak

Terjaga dapat ucapan tahniah bertalu, penyanyi ‘kening terangkat’ ini geli hati didakwa dapat Datuk