Realtime website trackingweb stats

Wakil rakyat ‘rare’ bersenam pakai kasut kulit, netizen ‘kagum’ mahu juga cuba sama lompat bintang

Oleh ADINDA

Wakil rakyat ‘rare’ bersenam pakai kasut kulit, netizen ‘kagum’ mahu juga cuba sama lompat bintang.

Aksi seorang ahli politik Pas membuat beberapa gerakan senaman tetapi berkasut kulit mengundang rasa ‘kagum’ netizen.

Menerusi sedutan klip video yang tular, bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat dilihat riang bersenam termasuk membuat lompat bintang.

Namun, ada netizen mengusik dengan menganggap aksi bersenam mantan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor berkenaan kejung lantaran nampak bukan jenis lazim bersenam.

“Kalau orang biasa buat senaman, tidaklah kejung macam Exco Pas ni,” kata seorang warganet.

Tidak hairanlah ramai menganggap pemimpin Pas berusia 57 tahun itu sekadar berlakon nampak cergas mungkin mahu menarik undi anak muda ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin dekat.

Ramai juga yang menyindir pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu termasuk memulangkan paku buah keras lantaran sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditohmah pembangkang sebagai ‘kuat berlakon’.

“Depa (Pas/PN) dok riuh kata PMX kuat berlakon, depa lagi hebat berlakon rupanya…🤣

“Dia warm up nak masuk ofis tu rasanya. Bukan nak bersukan. Sangka baik.

“Adoi, apa aku tengah tengok ni? 🤣🤦‍♂️Kartun betul,” itulah antara komentar netizen yang rata-ratanya terhibur dengan telatah bekas wakil rakyat Pas berkenaan.

Baca:

Kumpul sampah sama tinggi rumah dua tingkat, alasan diberikan sangatlah pelik

Pekerja tapak terkejut terjumpa binatang gergasi melingkar, saiz dah macam zaman dinasor

Awalnya air berkocak, kemudian nenek menjerit, rupanya ada ‘makhluk’ menyerang