Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak
menerima vaksinasi.
Terdapat beberapa jenis yang akan digunakan di Malaysia iaitu:
• Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka
• Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac
• Vaksin Covid-19 recombinant viral vector keluaran Cansino
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya
Walau bagaimanapun, TAHUKAH ANDA? Anda WAJIB menolak vaksin COVID-19 walaupun anda bukan seorang anti-vaksin jika anda termasuk dalam kategori dibawah ini:
1. Masalah elergi
Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), ada beberapa orang yang pernah mengalami reaksi elergi selepas mendapatkan vaksin Covid-19.
Atas sebab itu, CDC menyarankan agar individu yang memiliki reaksi elergi yang buruk terhadap salah satu bahan dalam vaksin tersebut agar tidak mengambil suntikan itu.
2. Kanak-kanak
Vaksin Modeerna hanya dibenarkan untuk individu berusia 18 tahun ke atas, sedangkan Pfizer hanya untuk individu berusia 16 tahun ke atas.
Ketika ini, vaksin Covid-19 belum diteliti kesan dan impaknya pada kanak-kanak.
3. Memiliki gangguan imunisasi
Vaksin bertindak sebagai melindungi mereka yang memiliki kekebalan lemah atau termasuk dalam kategori berisiko tinggi. Bagaimanapun, individu yang sistem imunisasinya terganggu secara serius, menderita komplikasi kronik dapat mempengaruhi fungsi kekebalan vaksin.
Oleh itu, orang yang memiliki gangguan sistem imunisasi tidak disarankan untuk mengambil suntikan itu sehingga ada kajian mengenainya.
4. Wanita mengandung
Penyelidik percaya bahawa dos digunakan dalam vaksin Covid-19 mungkin tidak sesuai untuk kesihatan bayi yang sedang membesar dan dapat mengakibatkan kesan sampingan bagi wanita hamil.