Realtime website trackingweb stats

Wajib cuba, resepi sambal petai totok jawa, tengok pun dah kecur liur

Oleh NURAIMAN

Dengar je sambal totok Jawa ini, pasti membuat penggemarnya terliur.

Tidak hanya itu, sambal ini juga dapat menambah selera apabila dimakan bersama nasi panasn, yang mana boleh menjejaskan bagi mereka yang sedang berdiet!

Ditambah lagi dengan kehadiran petai yang crunchy, pastinya akan meningkatkan selera makan anda.

Wajib cuba, resepi sambal petai totok jawa, tengok pun dah kecur liur

Jika anda ingin tahu tentang bahan-bahannya dan cara membuatnya, mari kita ikuti resep sambal totok Jawa campuran petai crunchy yang disajikan oleh Puan Rafiza Idayu.

Sambal Totok Jawa dengan petai crunchy ini.

Sudah pasti melihat gambarnya saja sudah cukup membuat anda terliur.

Bahan diperlukan:

• Petai
• Belacan
• Cili padi
• Bawang merah
• Cili merah besar
• Ikan bilis

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga rangup, kemudian letakkan ia di tepi.

2. Selepas itu, gorengkan bawang serta bahan lain kecuali petai dan ikan bilis.

3. Lepas itu, tumbuk bahan-bahan yang baru digoreng sebentar tadi dalam lesung batu sehingga hancur.

4. Jika ingin ikan bilis lebih rangup semasa makan, boleh tumbuk kasar-kasar.

5. Selepas itu, campurkan petai dan kacau bersama bahan yang telah ditumbuk tadi.

Siap!

Jika perlu, tambahkan air limau, gula, dan garam untuk menambah rasa.

Baca:

Tak pasal-pasal kena maki, ada ke patut claim apam balik berasal dari China

Nak beli kereta second, teliti benda ini untuk tahu usia sebenar kereta, elak kena tipu

“Bawa diri ke?” – Cikgu kongsi gambar pelajar tahun satu termenung di dinding, rindukan mak ayah