Realtime website trackingweb stats

Wabak misteri merebak lagi dari China, dah menjalar ke Amerika Syarikat, ini 7 fakta wajib tahu

Oleh FATIN AQILAH

Selepas pandemik Covid-19 meragut nyawa hampir 7 juta nyawa di seluruh dunia, satu wabak misteri merebak lagi dari China sejak pertengahan Oktober lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan utara China utara dilaporkan merekodkan peningkatan penyakit seperti influenza berbanding tempoh sama dalam tiga tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, badan dunia tersebut meminta China mengemukakan lebih banyak data mengenai penyakit pernafasan yang merebak di wilayah negara itu.

Lebih menggemparkan warga dunia apabila kes penyakit tersebut sudah menjalar ke Denmark, Belanda dan Amerika Syarikat.

Ini 7 fakta wajib anda tahu mengenai penyakit yang dibimbangi dunia ini:

1. Wabak pneumonia misteri dalam kalangan kanak-kanak di China menyaksikan orang ramai memakai pelitup muka dan berpusu-pusu di dalam beberapa hospital.

2. Hospital di Beijing dan kawasan timur laut di Liaoning dipenuhi kanak-kanak yang sakit dengan gejala luar biasa termasuk keradangan pada paru-paru dan demam panas tetapi tiada batuk.

3. Gejala itu termasuklah demam, radang paru-paru tanpa batuk dan nodul pulmonari – ketulan pada paru-paru yang biasanya disebabkan oleh jangkitan.

4. Kementerian Kesihatan China mendakwa lonjakan kes itu disebabkan oleh selesema dan patogen lain yang diketahui.

5. Gelombang penyakit itu sangat mirip dengan laporan yang muncul sejurus sebelum Covid-19 yang didakwa ditutup oleh China.

6. Ahli virologi Belanda yang menasihati WHO mengenai Covid-19, Marion Koopmans menasihatkan semua pihak supaya terus berhati-hati.

7. Namun, WHO menasihatkan tidak perlu bagi mengenakan sebarang sekatan perjalanan yang membabitkan China.

@rubin_allergy What is White Lung Syndrome? What is causing white lung syndrome? What is pneumonia? What are the symptoms of pneumonia? What are ways to prevent white lung syndrome? Is there a new pandemic? There is no novel pathogen at this time. #pneumonia #tiktokdoc #learnontiktok ♬ Solas X Interstellar – Gabriel Albuquerqüe

Baca:

Kena cepat! 10 juta rakyat layak mohon duit eMADANI, ini ringkasan dan cara mohon

Pahitnya peria katak tapi banyak manfaat kesihatan, ini 5 khasiat ‘insulin tumbuhan’ wajib rebut

Semburan kadang-kadang bahaya, ini cara mudah halau lipas, cuma guna 2 bahan kat rumah