Realtime website trackingweb stats

Varian Delta sudah berada di 111 negara – WHO

Oleh ADINDA

Varian Delta yang setakat ini sudah dikenal pasti di 111 negara, wilayah atau kawasan, berkemungkinan menjadi strain dominan di seluruh dunia, menyebabkan peningkatan kes jangkitan dan kematian baharu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) pada Rabu, lapor Xinhua.

Pada minggu lalu Afghanistan, Nigeria, dan Ecuador adalah antara 15 negara yang melaporkan kes pertama membabitkan varian yang lebih mudah merebak itu, kata WHO dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi strain Delta cenderung merebak ke lebih banyak negara dan kemungkinan akan menjadi varian COVID-19 yang dominan “dalam beberapa bulan akan datang.”

Berdasarkan data WHO, seluruh dunia menyaksikan lonjakan kes COVID-19 sejak seminggu lalu.

– BERNAMA

Daripada 1-13 Julai 2021, sebanyak 76 kes varian baharu telah dikenalpasti:
1. 48 kes varian Beta (B.1.351)
2. 27 kes varian Delta (B.1.617.2)
3. 1 kes varian Theta (P.3)
Hanya 1 kes varian Beta melibatkan kes import manakala selebihnya adalah kes tempatan.