Malaysia bangunkan vaksin covid 19 sendiri

Oleh ADINDA

Vaksin terbukti sebagai kaedah terbaik untuk mengawal wabak. Vaksin Covid-19 merangsang sistem imun supaya jika kita terdedah kepada koronavirus SARS-CoV-2, badan kita boleh bertindak balas terhadap jangkitan Covid-19.

Pelbagai platform seperti jujukan genetic RNA, viral vektor, virus nyahaktif dan sub-unit protein telah digunakan untuk menyediakan vaksin koronavirus yang selamat dan berkesan. Ia memberikan kita perlindungan terbaik terhadap Covid-19.

Negara yang telah memulakan vaksinasi Covid-19 telah menunjukkan kesan positif dalam penurunan kes baru Covid-19 di negara masing-masing.

Sebagai contoh, sebuah negara yang telah menjalankan vaksinasi kepada 600,000 penduduk telah melaporkan keberkesanan vaksinasi yang menunjukkan 94 peratus penurunan jangkitan Covid-19.

Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai kapasiti serta fasiliti lengkap bagi pembuatan vaksin. Justeru, Malaysia perlu mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh negara lain.

Menteri umum Malaysia bangunkan 2 vaksin

Dalam satu kenyataan 13 Jun, Menteri Kesihatan Dr. Adham Baba mengatakan Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) kementeriannya sedang dalam proses mengembangkan dua jenis vaksin COVID-19 – vaksin RNA (mRNA) dan vaksin yang tidak aktif.

“Kami berharap ini dapat meningkatkan kapasiti vaksin selain mempersiapkan Malaysia untuk kemampuan pengembangan vaksin di masa depan di samping mempersiapkan Malaysia untuk menghadapi wabak masa depan,” katanya.

Adham tidak menjelaskan dalam pernyataan pendeknya apakah vaksin tersebut akan berdasarkan vaksin yang dibuat oleh negara lain atau tahap apa perkembangan vaksin pada masa ini.

Program Imunisasi Nasional COVID-19 (PICK) yang sedang berlangsung menawarkan tiga vaksin yang diimport, vaksin RNA AS dan Jerman, Pfizer-BioNTech; Vaksin China yang tidak aktif, Sinovac; dan vaksin virus vektor UK, AstraZeneca.

Kenyataan ringkas Menteri Kesihatan melalui Facebooknya

Dalam rundingan pembelian vaksin Covid-19, kerajaan telah memasukkan elemen nilai tambah bagi membolehkan Malaysia membangunkan kapasiti pembangunan vaksin dalam negara.

Sebagai contoh, kerajaan Malaysia telah menandatangani dokumen Terms Sheet bersama syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd dan Solution Biologics Sdn Bhd bagi mengilangkan vaksin Covid-19 secara fill and finish, iaitu proses akhir pengisian vaksin ke dalam bebuli (vial) sebelum ia diedarkan.

Menerusi langkah ini, vaksin Sinovac dan CanSinoBio akan dibeli secara pukal dan proses pengilangan akan dilaksanakan di Malaysia yang seterusnya mempercepatkan penerimaan vaksin.

Kerajaan juga sedang berunding dengan pemerintah Rusia untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan dan penghasilan vaksin Sputnik V di Malaysia bagi menambah jumlah dos vaksin Covid-19 yang boleh digunakan di Malaysia dan serantau.

Kerajaan juga telah menandatangani perjanjian pelaburan bilateral dengan Coalition for Epidemic Preparedness Innovation (CEPI) bagi membolehkan Malaysia mendapat akses kepada R&D vaksin, pemindahan teknologi dan kepakaran baharu kepada penyelidik tempatan.

MOSTI juga telah membiayai R&D vaksin tempatan bagi penyakit Covid-19 menerusi Dana Menangani Covid-19 MOSTI atau MCCOF kepada dua kumpulan penyelidik iaitu daripada Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Malaysia juga menjadi negara pertama di luar China untuk kajian calon vaksin inactivated Covid-19 buatan Institut Perubatan Biologi China yang melibatkan 3,000 orang sukarelawan.

Memandangkan Malaysia dan dunia berisiko terdedah kepada pandemik lain pada masa hadapan, kerajaan melalui Majlis Sains Negara dalam mesyuarat pada Julai 2020 telah bersetuju agar Roadmap Pembangunan Vaksin Negara dibentuk sebagai pelan jangka masa panjang untuk Malaysia mengeluarkan vaksin buatan tempatan.

Vaksin Malaysia-China

Sebelum ini dilaporkan satu vaksin dengan nama CovNiv untuk meningkatkan imunisasi COVID-19 telah dihasilkan menerusi kerjasama Kerajaan Malaysia dengan kerajaan China dan dijangka memasuki pasaran Jun ini.

Menurut satu sumber dari Kementerian Kesihatan, vaksin yang berstatus halal itu telah melalui tiga fasa ujian klinikal di beberapa negara dan bakal dipasarkan.

Sumber itu memberitahu Wacana.my, vaksin COVID-19 yang dihasilkan menerusi kerjasama dua negara itu akan diedarkan di Malaysia menerusi Toppharma Marketing (M) Sdn Bhd selepas ia dibangunkan di Institute of Medical Biology, Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS).