Realtime website trackingweb stats

Ustaz dedah lokasi sebenar munculnya Yakjuj Makjuj?

Oleh NOR SITI HAZLINDA

alah satu tanda kiamat dalam ajaran Islam adalah kemunculan Yakjuj dan Makjuj, dua kelompok makhluk yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis.

Secara umum, mereka akan muncul menjelang akhir zaman dan menyebabkan kerosakan besar di bumi.

Kehadiran mereka merupakan salah satu fenomena besar yang menandakan semakin dekatnya hari kiamat.

Makhluk itu dikatakan terkurung di sebalik tembok besar yang dibina oleh Nabi Zulqarnain dan akan dibebaskan.

Walau bagaimanapun, lokasinya tidak jelas, tetapi sering dikaitkan dengan wilayah yang jauh di utara atau timur, seperti daerah sekitar Darial Gorge yang belum dapat dipastikan secara tepat.

Ustaz dedah lokasi sebenar munculnya Yakjuj Makjuj?

Tidakkah anda tertanya-tanya apa sebenarnya Darial Gorge dan bagaimana keadaan bangsa-bangsa yang tinggal di kawasan tersebut?

Menurut perkongsian Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin mengenai topik Darial Gorge dan lokasi Yakjuj dan Makjuj, beliau menjelaskan bahawa terdapat sebuah tempat yang dikenali sebagai Darial Gorge.

Menurutnya, ‘Gorge’ bermaksud jurang, yang merujuk kepada tempat itu dikenali sebagai jurang Darial atau Darial Gorge.

Perkongsian yang dimuat naik oleh akaun nota kuliah itu menjelaskan bahawa ramai ulama sirah berpendapat bahawa lokasi tersebut adalah kawasan di mana Nabi Zulqarnain mengepung Yakjuj dan Makjuj.

Tambahnya, setelah melakukan penyelidikan, dia mendapati bahawa bangsa yang tinggal di tempat tersebut adalah bangsa Georgia yang menggunakan bahasa Georgian.

“Bahasa Georgian adalah bahasa yang unik dan tidak mempunyai persamaan dengan bahasa-bahasa lain.

“Ia tidak termasuk dalam keluarga bahasa Indo-Eropah, Semitik, Slavic, atau mana-mana keluarga bahasa Iran.

“Bahasa Georgian adalah bahasa yang tersendiri dan sehingga kini hanya sekitar enam hingga sepuluh juta orang yang menggunakannya.

“Inilah yang dikatakan sebagai satu bangsa yang tidak difahami bahasanya, sebagaimana disebut dalam ayat al-Qur’an, ‘Layakadu Nayaftaku Naqalu’ yang bermaksud mereka hampir tidak dapat memahami apa yang dikatakan,” katanya.

Sementara itu, menurut satu kajian Arab yang dipetik dari portal Ghayb, hanya satu tembok yang memenuhi semua kriteria yang disebutkan dalam al-Quran dan sejarah.

Ustaz dedah Daryl Goach lokasi sebenar munculnya Yakjuj Makjuj?

“Tembok tersebut terletak di banjaran gunung Caucasus yang membentuk penghalang semula jadi besar antara Rusia Selatan dan Georgia.

“Tembok itu dibina di lembah sempit yang boleh dicapai melalui laluan yang dikenali sebagai laluan Darial, terletak di antara dinding batu yang sangat tinggi.

“Banjaran gunung tersebut sepanjang kira-kira 1,200 kilometer, terbentang luas dari Laut Hitam hingga Laut Caspian, dengan ketinggian melebihi lima ribu kaki,” menurut pengkaji.

Kajian tersebut menunjukkan bahawa ciri-ciri tembok ini sangat serupa dengan gambaran dalam al-Quran mengenai tembok yang dibina oleh Nabi Zulqarnain.
“Laluan Darial adalah satu-satunya laluan sempit di kawasan tersebut yang menghubungkan kawasan utara pergunungan dengan kawasan selatan.

“Sejarah menunjukkan bahawa kawasan itu merupakan laluan utama yang penting dan gunung-gunung di situ menjadi penghalang semula jadi yang sukar dilalui.

“Ini membuktikan betapa kukuhnya tembok tersebut dan betapa sukar untuk mengelilinginya.

“Untuk mengelilingi tembok itu, kelompok Yakjuj dan Makjuj perlu melakukan perjalanan jauh dan sukar, yang meyakinkan para pengkaji bahawa tembok tersebut adalah lokasi yang tepat,” memetik penulisan.

Ustaz dedah Daryl Goach lokasi sebenar munculnya Yakjuj Makjuj?

Menurut pengkaji, banjaran gunung Caucasus, dengan panjang dan ketinggiannya yang membolehkan ia berfungsi sebagai penghalang semula jadi, adalah serupa dengan pergunungan Alps di Eropah yang melindungi Utara Rom daripada pencerobohan.

“Bahasa Georgian adalah bahasa yang dituturkan di selatan pergunungan Caucasus.

“Sejarah ketenteraan dan penempatan di kawasan tersebut juga menyokong teori bahawa tembok Nabi Zulqarnain terletak di kawasan itu.

“Sebagai tambahan, ahli sejarah Islam seperti Mas’iidi, Istakhri, dan Hamawi mengenal pasti tembok itu dengan laluan Darial atau Derbent di tepi Laut Caspian.

“Seorang sarjana terkenal, Yaqut al-Hamawi, menyebut bahawa tembok Darial dibina dengan tembaga cair, sama seperti gambaran tembok Nabi Zulqarnain.

“Laluan Darial adalah salah satu daripada dua laluan tradisional melalui banjaran Caucasus yang penting dari segi sejarah.

“Penempatan awal di kawasan Derbent bermula pada abad ke-8 SM, menunjukkan bahawa kawasan itu telah menjadi lokasi strategik sejak zaman dahulu.

“Kesimpulannya, lokasi tembok Nabi Zulqarnain terletak di kawasan tersebut sesuai dengan semua penjelasan dalam al-Quran dan sejarah.

“Kawasan itu adalah satu-satunya lokasi yang memenuhi kriteria dengan sempurna, membentuk penghalang semula jadi yang besar antara tanah Yakjuj dan Makjuj serta kawasan Arab,” memetik penulisan.

Baca Lagi:Rupanya Nusyuz bukan untuk isteri je, untuk suami pun boleh, ini maksud Nusyuz ramai tak hadam