Realtime website trackingweb stats

Ustaz Azhar Idrus jelas cara manfaatkan duit haram ramai tak tahu

Oleh SHAZLIN AZIZ

Kita sering mendengar pepatah “duit bukanlah segalanya.”

Ia menggambarkan bahawa mereka yang berada dalam kewangan stabil tidak bergantung sepenuhnya kepada wang.

Namun, bagi mereka yang hidup serba kekurangan, pelbagai usaha dilakukan demi kelangsungan hidup.

Tetapi bagaimana jika wang itu diperoleh melalui sumber haram? Adakah ia boleh digunakan?

2 Cara Menggunakan Duit Haram

Ustaz Azhar Idrus jelas cara manfaatkan duit haram ramai tak tahu

Ustaz Azhar Idrus pernah menjawab soalan daripada seorang jemaah yang ingin tahu cara menggunakan wang yang diperoleh secara haram.

Soalan:
“Saya ada duit haram, tak tahu nak buat apa. Saya fikir nak beli pasir satu lori, letak depan rumah saya yang lecak. Mohon penjelasan.”

Jawapan Ustaz Azhar Idrus:

Terdapat dua jenis duit haram, dan cara mengurusnya bergantung kepada jenis tersebut:

1. Harta Milik Orang Lain

– Jika wang atau harta itu milik orang lain (contohnya, hasil mencuri motor, mengambil duit masjid, atau memetik buah tanpa izin), ia wajib dipulangkan kepada pemilik asal.

– Tidak kira apa yang berlaku, harta ini mesti dikembalikan kepada yang berhak.

2. Harta yang Diperoleh Melalui Cara Haram
– Contohnya, hasil bekerja di tempat yang bertentangan dengan syariat, seperti menjadi penari di kelab malam. Wang gaji yang diterima adalah haram.
– Namun, wang ini tidak perlu dipulangkan kepada mana-mana pihak kerana ia bukan hak milik orang lain. Sebaliknya, ada cara lain untuk menggunakannya.

Bagaimana Menggunakan Wang Haram yang Bukan Milik Orang Lain?

Ulama dan mufti menyarankan wang ini digunakan untuk perkara yang memberi manfaat kepada orang ramai, bukan untuk kegunaan peribadi.

Contoh Penggunaan yang Dibenarkan:

– Membeli pasir untuk memperbaiki jalan kampung.

– Membina jambatan atau titi untuk kegunaan komuniti.

– Membeli batu atau bahan lain untuk menampung kawasan lecak yang digunakan orang ramai.

– Membina tandas awam agar orang lain dapat menggunakannya.

Nota Penting:

Wang ini tidak boleh digunakan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi ia boleh dimanfaatkan untuk maslahat orang ramai.

Dengan panduan ini, wang haram boleh digunakan dengan cara yang betul tanpa menimbulkan dosa tambahan.

BACA: Jangan panik kereta tenggelam banjir, ikut je 3 tips ini