Realtime website trackingweb stats

Usia 64 tahun bukan penghalang, Tunku Azizah kini bergelar mahasiswa UIA

Oleh NUR KASIH

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Haj,

Baginta mencuri perhatian apabila kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada usia 64 tahun.

Berita menggembirakan ini dikongsi sendiri oleh baginda menerusi aplikasi TikTok di akaun @cmspahang.

Dalam perkongsian tersebut, Tunku Azizah turut memuat naik gambar kad pintar UIAM miliknya yang tertera nama International Institute of Islamic Thought and Civilization.

“Back to school, doakan saya,” tulis baginda ringkas.

Usia 64 tahun bukan penghalang, Tunku Azizah kini bergelar mahasiswa UIA

Komen Rakyat di Media Sosial

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah dan kata-kata semangat daripada para pengguna yang teruja dengan perjalanan pendidikan baginda.

“Tuanku, selamat menjadi mahasiswa UIAM. Semoga kita dapat berjumpa di kuliah nanti. Amin,” tulis seorang pengguna, @Dilla J.

“Siapalah yang akan jadi rakan sebilik Tuanku ni, memang bertuah orang itu,” kata @J.U.J.U.E.

Seorang lagi pengguna, @Hana, sempat berseloroh:
“Sedikit nasihat, jangan buat assignment saat akhir. Tapi biasanya kerja last minit paling ‘perform’. Good luck, Tuanku!”

Perjalanan pendidikan Tunku Azizah di UIAM ini mendapat sokongan penuh rakyat, yang turut mendoakan kejayaan baginda dalam pengajian.

BACA: Khairul Aming dedah sebab kenapa tolak review makanan, ‘Saya pentingkan..’