Menabung untuk mencapai impian seperti membeli rumah atau kereta bukanlah perkara mudah.
Namun, dengan kesabaran dan keazaman yang kukuh, impian tersebut pasti akan tercapai walaupun memerlukan masa yang agak lama.
Seorang pengguna TikTok, @dianajlndr, telah memperlihatkan bagaimana seseorang pembeli membayar
Deposit rumah menggunakan duit syiling yang dikumpulkan selama tiga tahun.
Dalam video tersebut, terlihat bahawa empat botol minuman besar digunakan untuk menyimpan duit syiling.
Seorang penjual martabak ini dengan tekun menabung setiap hari dari hasil jualannya untuk mengumpulkan dana untuk membeli rumah bagi keselesaan keluarganya.
Jumlah duit syiling yang dikumpulkannya mencapai 46 juta rupiah (RM13,535), jumlah yang mencukupi untuk membayar deposit pembelian rumah tersebut.
Banyak netizen memuji kegigihan lelaki ini dan menyokong tindakan ejen penjual rumah yang menerima pembayaran menggunakan duit syiling.
“Orang sering memandang remeh duit syiling, tapi lelaki ini membuktikan bahawa dengan usaha, impian memiliki rumah dapat dicapai.
“Biasanya orang tidak mengumpul duit syiling kerana menganggapnya remeh, tapi melihat kejayaannya membeli rumah membuatkan saya juga terfikir untuk mulai mengumpul duit syiling,” kata salah seorang netizen.
Menabung memerlukan azam yang teguh; tanpa itu, wang yang dijimatkan mungkin habis digunakan untuk barang-barang bukan keperluan.
BACA: Yang penting jangan panik, ini cara pantas dapatkan semula duit yang hilang dalam akaun bank