Realtime website trackingweb stats

Usaha tak khianati hasil, budak 10 tahun beli iPhone hasil upah jaga kedai durian

Oleh AHMAD ISMAIL

Kanak-kanak seusia Nura Nazifa Damia biasanya lebih suka bermain dan melakukan perkara yang menyeronokkan.

Namun, Nura Nazifa Damia, yang berusia 10 tahun, menunjukkan sikap yang berbeza dengan membantu ibu bapanya berniaga di gerai mereka di Kota Kinabalu, Sabah.

Tidak disangka, usaha gigihnya itu membuahkan hasil apabila dia kini mampu memiliki sebuah telefon bimbit mewah jenama iPhone sebagai ‘ganjaran’ atas kerja kerasnya.

Menurut ibunya, Siti Nooraliyana Mohd Ali, dia dan suami telah mendidik anak-anak mereka dengan nilai murni dan tidak memanjakan mereka dengan memenuhi semua permintaan.

“Saya selalu berpesan kepada Damia (nama panggilan Nura Nazifa Damia), jika mahu mendapatkan sesuatu,

Usaha tak khianati hasil, budak 10 tahun beli iPhone hasil upah jaga kedai durian

dia perlu berusaha dan mencari duit sendiri kerana apa yang kita inginkan tidak datang dengan mudah.

“Jadi, hasil bantuan Damia menjaga gerai durian selama dua tahun, dia berjaya membeli iPhone. Damia memang suka berniaga; di kedai, dia akan mengambil pesanan pelanggan dan bertindak sebagai ‘cashier’,” katanya kepada Sinar Harian.

Siti Nooraliyana, yang juga ibu kepada tiga orang anak, menjelaskan bahawa walaupun Damia mempunyai minat dalam berniaga, pelajaran tetap diutamakan.

“Damia pernah berkata, ‘Mummy, Damia nak jadi penjual bila besar nanti. Boleh belajar tetapi saya mahu ada kedai sendiri. Apa yang patut saya jual?’

“Saya memberitahunya bahawa dia boleh menjual apa sahaja asalkan mendapat untung. Saya akan menyokong apa juga minat Damia tetapi pelajaran tetap perlu diutamakan kerana ilmu sangat penting untuk masa depan.

“Pengalaman berniaga ini akan mengajarnya erti betapa susahnya mendapatkan duit tanpa usaha dan ilmu,” tambahnya.

BACA: Pemuda ajar cara singkir bau busuk aircond kereta pasti selamat poket hujung-hujang bulan