Realtime website trackingweb stats

Usah kemaruk ‘trend’, ini hukum kongsi janin di media sosial

Oleh HADI KAMARUDIN

Setiap pasangan yang berkeluarga pastinya bermimpi untuk diberkati dengan anak-anak.

Anak merupakan anugerah yang paling berharga dalam kehidupan, dan siapa tidak mengimpikan kehadiran cahaya mata ke dalam rumah tangga mereka?

Setelah mendapat berita gembira melalui ujian kehamilan yang menunjukkan dua jalur, kegembiraan melimpah ruah, seringkali ingin dikongsi dengan orang ramai, termasuk dengan memuat naik gambar ultrasound di media sosial dengan kapsyen penuh syukur.

Usah kemaruk trend ini hukum kongsi janin di media sosial

Namun, perlu diingat bahawa perkongsian tersebut sebenarnya tidak disyorkan.

Gambar imbasan perut mempunyai makna tersirat dalam Bahasa Arab. Untuk penjelasan lanjut, terdapat perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang perlu kita fahami agar kita lebih peka terhadap perkara yang tidak patut dilakukan semasa mengandung.

AL-KAFI #417 : Adakah Foto Ultrasound Rahim Itu Aurat?

Soalan:

Salam. Selalunya wanita yang mengandung akan scan perut mereka untuk tengok keadaan bayi dikandung.

Apakah hukum share gambar scan perut tersebut di media sosial?

Jika Allah menyuruh kita menutup aurat hatta bahagian kulit, inikan pula bila kita menyebarkan apa yang berada di sebalik kulit kita terutamanya bahagian yang menjadi aurat. Jazakumullah Dr.

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt,

Kami berpendapat hal demikian tidak elok dilakukan kerana bertentangan dengan asal maksud janin itu sendiri.

Janin itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi.’ Justeru, tidak patut ditunjuk-tunjuk kepada orang melainkan ada keperluan seperti urusan perubatan dan pengajaran.

Dikhuatiri akan mengundang fitnah seperti aib dan sangkaan-sangkaan manusia.

Walau bagaimanapun, gambar foto bukanlah seperti aurat fizikal yang haram dilihat secara langsung, melainkan membawa kepada syahwat dan fitnah.

Begitu juga organ dalaman manusia seperti hati, jantung dan rahim bukanlah dalam kategori aurat kerana demikian bukanlah makna perhiasan berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Wallahua’lam.

Baca:

Mangga terlebih masak jangan dibuang, ini cara mudah buat agar-agar mangga yang sedap

Budak di kedai ditanggalkan baju dan ditampar, inilah rupa pendudukan tentera

Tak duduk dalam kasut, cara Neelofa & Nabil respon luahan ‘caller’ raih kritikan warga maya