Realtime website trackingweb stats

Usah berkejar ke kedai, buat sendiri sup bunjut guna rempah ini

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Dalam artikel ini, anda boleh cuba masak sup bunjut sendiri di rumah.

Tak perlu pergi kedai setiap kali habis.

Ramai para ibu-ibu yang tahu tentang sup bunjut ini.

Sup bunjut adalah salah satu ramuan penting yang sering digunakan untuk membuat sup yang sedap dan enak, terutamanya sup daging.

Sup bunjut juga boleh dibuat sendiri di rumah.

Usah berkejar ke kedai buat sendiri sup bunjut guna rempah ini

Cuma perlukan beberapa bahan, campurkan dan bungkus sahaja.

Senang je nak buat banyak untuk disimpan, bila nak guna ambil je.

Bahan A (untuk 1 bunjut):

  • 1 keping kulit kayu manis – pecahkan jadi kecil, ambil sedikit sahaja
  • 1 kuntum bunga lawang – ceraikan
  • 3 kuntum bunga cengkih

Bahan B (dipecah-pecahkan):

  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 1/2 sudu teh jintan manis 3 biji buah pelaga – pecahkan
  • Secubit biji sawi
  • Secubit biji kas-kas – jika tiada, boleh abaikan

Cara membuat:

1. Ambil bahan B dan pecah-pecahkan (tumbuk sedikit sahaja).

2. Kemudian masukkan bahan A dan B ke dalam kain kasa (kain balut luka). Kain ini boleh dibeli di farmasi.

3. Bentukkan uncang dan lilit dengan menggunakan benang.

4. Sedia untuk digunakan dalam masakan.

Boleh buat dalam jumlah yang banyak dan simpan uncang sup bunjut dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.

Selamat mencuba!

Baca:

Umur 40 tahun dah kaya tak perlu kerja, ustaz ini kongsi rahsia seorang jutawan di Pulau Pinang

Sedap makan dengan nasi, rendang maman rupanya ada khasiat, hebat orang Nismilan manfaatkan sayur pahit

Tular ‘tattoo’ di tangan, ini jawapan Ameera Khan