Realtime website trackingweb stats

Untung pencarum KWSP terpilih, Kerajaan Madani topup RM500 seorang dalam akaun, mana nak cari

Oleh NUR KASIH

Isu pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memang sering menjadi polemik.

Sehingga ke hari ini isu ini tidak selesai selagi kerajaan tidak membenarkan pengeluaran buat kali kedua seperti yang pernah dilaksanakan ketika waktu PKP.

Namun kerajaan telah mengambil langkah proaktif demi kesihatan simpanan para pendeposit yang memiliki simpanan kurang daripada RM10,000.

Untung pencarum KWSP terpilih, Kerajaan Madani topup RM500 seorang dalam akaun, mana nak cari

KWSP telah memasukkan insentif Caruman Tambahan Kerajaan sebanyak RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP yang berusia antara 40 dan bawah 55 tahun.

Insentif ini diberikan kepada individu yang memiliki simpanan KWSP sebanyak RM10,000 atau kurang dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.

Dalam satu pengumuman, KWSP menyatakan bahawa insentif caruman sebanyak RM500 yang diberikan sekali ini, diumumkan semasa pembentangan Belanjawan2023 pada 24 Februari 2023, ia bertujuan untuk memberi dorongan kepada ahli KWSP yang mempunyai simpanan yang kurang dan hampir mencapai umur persaraan agar terus menyimpan dan meningkatkan jumlah simpanan persaraan mereka.

“Ia sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan,” kata pengurus dana persaraan pekerja swasta itu.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai insentif Caruman Tambahan Kerajaan ini, ahli boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang terdapat di laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.

Baca:

Lapar tengah malam akhirnya ‘couple riding’ hembus nafas terakhir, penuntut USM ini jaga 4 adiknya

Hasil buat ‘live’ TikTok potong ‘daun emas’, Atok ini raih RM4,500 sebulan

Bahaya rupanya tidur rambut basah, patutlah nombor 3 selalu berlaku tanpa sedar