Realtime website trackingweb stats

Untung jadi penjawat awam, gaji naik mendadak tahun depan

Oleh FATIN AQILAH

Kerajaan sedang merancang untuk mengumumkan peningkatan gaji bagi kakitangan awam dan elaun pesara pada tahun 2024. Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri Komunikasi dan Digital serta jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, mengumumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah meneliti perkara ini.

Beliau merancang untuk melaksanakannya menjelang tahun depan.

“Memang sebelum ini ada beberapa keputusan sudah diambil. Saya serahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali atau Perdana Menteri sendiri untuk mengumumkannya nanti.

“Tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga sudah meluluskan kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai usaha meningkatkan pendapatan pekerja di sektor swasta,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Forum Alumni Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), di sini, hari ini.

Fahmi menyatakan bahawa dua perkara itu sangat penting kerana tahun depan merupakan tempoh penting di mana ekonomi akan berkembang pesat dengan pelaburan pelbagai jenis yang diperoleh pada tahun ini.

“Jadi banyak kerja-kerja yang akan bermula dan cabarannya pasti ada untuk memastikan pelaksanaan tidak terencat atau tergendala akibat proses,” katanya.

Berkaitan dengan tuduhan berkurangnya kecekapan dalam perkhidmatan awam, beliau menolak kenyataan tersebut kerana pelbagai masalah boleh timbul, termasuk keperluan meningkatkan beberapa sistem khusus untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.

“Dalam masa yang sama, kadang-kadang isu bajet dan masa juga boleh berlaku, jadi individu yang bertanggungjawab perlu meluangkan sedikit masa untuk memahami di mana kecekapan dan intervensi boleh diperbaiki.

“Sebagai contoh di kementerian saya juga pernah berlaku di mana projek tidak berjalan dengan lancer hingga menimbulkan persepsi buruk, tetapi sebenarnya sistem pemantauan perlu dipertingkatkan,” katanya.

Baca:

Kena cepat! 10 juta rakyat layak mohon duit eMADANI, ini ringkasan dan cara mohon

Saintis terbaik dunia warga Palestin maut dibedil Zionis di Gaza

Wabak misteri merebak lagi dari China, dah menjalar ke Amerika Syarikat, ini 7 fakta wajib tahu