Situasi ular masuk rumah, bukanlah sesuatu perkara yang baru.
Sama ada cuaca terlalu panas atau kerap hujan, ia pasti mengundang kehadiran reptilia karnivor ini ke kediaman manusia.
Jadi, sekiranya anda berhadapan dengan situasi tersebut apa yang perlu dilakukan?
Menerusi satu kiriman di laman Facebook rasmi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia,
Terdapat cara yang betul untuk mengendalikan haiwan berbisa itu. Jom baca!
TIPS KESELAMATAN MENANGANI HAIWAN BERBISA
Menurut Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, terdapat 3 perkara yang tidak boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan ular.
Jangan sesekali anda melakukan perkara berikut:
Cuba tangkap ular jika tiada kemahiran
Cuba mencederakan ular
Cuba menghalau menggunakan peralatan
Namun, terdapat 7 langkah apabila anda berhadapan dengan reptilia berbisa ini.
Anda perlu melakukan perkara berikut:
- Hubungi talian 999 untuk bantuan.
- Perhati gerak-geri dan arah ular bergerak.
- Tutup pintu dan tingkap bagi mengelak ular keluar.
- Arahkan semua penghuni keluar.
- Kurangkan bergerak (diam) di hadapan ular.
- Kenal pasti jenis ular, panjang, warna dan corak.
- Berikan maklumat tepat kepada pasukan penyelamat.
Semoga maklumat di atas, dapat membantu anda semua yang berada dalam keadaan genting dan panik untuk mengawal situasi ketika berhadapan dengan ular sebaiknya.
ABCA: ‘Rasa macam mimpi’- Penoreh getah menang RM1 juta, dah boleh tukar gaya jalan