Realtime website trackingweb stats

Ular akan tunduk bila bagi salam dan dibacakan doa Nabi Sulaiman ini

Oleh ADINDA

Sering didengar, haiwan mempunyai kebolehan untuk memahami dan ‘berkomunikasi’ dengan manusia.

Hal ini dibuktikan menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh Mohdamirfaizal, yang memperlihatkan

seorang lelaki bertopi keledar ‘menundukkan’ ular dengan hanya berbicara lembut, sambil memanggil dirinya ‘abah’ dan ular itu ‘adik’, hingga menarik perhatian ramai.

Video berdurasi satu minit 33 saat itu meraih hampir 263,000 tontonan selepas sehari dimuat naik, merakamkan proses menangkap ular tedung.

Reaksi haiwan berbisa itu seolah-olah mendengar kata-kata setelah diberi salam serta dibacakan doa Nabi Sulaiman.

Ular akan tunduk bila bagi salam dan dibacakan doa Nabi Sulaiman ini

Sambil ‘menenangkan’ ular itu, lelaki terbabit menjelaskan bahawa spesies tersebut ialah ular tedung senduk, atau nama saintifiknya, Naja naja kaouthia, yang tetap berbahaya walaupun bersaiz kecil.

“Ini adalah ular kedua yang saya tangkap minggu ini,” katanya, sambil meninggalkan komen bahawa dia sering membahasakan diri sebagai ‘abah’ kepada ular yang ingin ditangkap.

“Saya selalu memanggil diri saya abah dan haiwan yang saya nak tangkap dengan nama adik.

“Ada juga yang tidak mendengar cakap. Boleh tengok video terbaru. InsyaAllah, jika nak tangkap ular, perlu tenang dan satu lagi, kena ada ilmu dan keberanian,” katanya membalas komen netizen yang memujinya berani.
Dalam pada itu, netizen tidak menyangka cara yang dilakukan, iaitu memberi salam dan membacakan doa Nabi Sulaiman, berhasil.

Ada juga yang menyatakan bahawa perkara ini sememangnya menjadi jika dibaca dengan betul dan sering diamalkan di dalam rumah agar tidak terdapat haiwan berbisa atau perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, seorang pengguna TikTok bernama Abe Lie Jambu berkata, dia pernah melalui situasi yang sama ketika berada di dapur rumahnya didatangi ular.

“Saya pernah mengalami situasi seperti ini di dapur rumah. Saya baca ayat Nabi Sulaiman ini sebanyak tiga hingga tujuh kali, dan dengan izin Allah, ular itu mencari jalan keluar dari dapur,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Zie Ramly, berkata dia membaca doa itu untuk melindungi dirinya daripada binatang liar.

“Saya akan baca doa ini sebelum pergi kerja atau melakukan aktiviti, kerana kawasan kerja saya ada binatang liar.

“Alhamdulillah, buat masa ini saya tidak diganggu,” katanya.