Pempengaruh terkenal tanah air, Khairul Aming, atau lebih mesra disapa KA, merupakan nama yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia.
Selain dikenali melalui video-video masakannya, beliau juga terkenal sebagai majikan yang sangat menitikberatkan kebajikan pekerja-pekerjanya.
Terbaru, Khairul Aming berkongsi berita gembira melalui akaun X miliknya dengan mengumumkan bahawa beliau telah membawa semua 100 orang kakitangannya bercuti ke Pulau Pinang.
“Kita tutup kilang selama lima hari untuk membawa semua 100 kakitangan Khairulaming bercuti di Pulau Pinang,” katanya.
Tidak hanya itu, beliau juga menempah hotel bertaraf lima bintang sebagai tempat penginapan untuk semua kakitangannya di Pulau Mutiara.
Selain itu, setiap kakitangan diberikan duit poket untuk dibelanjakan semasa membeli-belah sepanjang berada di sana.
Pelbagai aktiviti menarik turut dirancang, termasuk kunjungan ke Escape Park, permainan parasailing, banana boat, jetski, dan penerokaan bandar Georgetown.
Satu acara makan malam grand dinner juga diadakan sebagai penghargaan atas penat lelah kakitangannya dalam membangunkan jenama KA.
“Yang penting, semua kakitangan dapat berehat dan bercuti dengan gembira,” tambahnya.
Dengan langkah ini, Khairul Aming menunjukkan komitmennya dalam menghargai dan memanjakan pekerja-pekerjanya dengan cara yang istimewa.
BACa: ‘Jangka sangka lantai yang keras tiada buaya’ Kecoh penemuan buaya bawah lantai simen