Realtime website trackingweb stats

‘Tunggu Ja, dia akan jadi kegilaan wanita semula nanti’ Wanita bangga dapat bergambar bersama Fattah Amin

Oleh NUR KASIH

Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna @missjeyyy_97 kembali tular,

Ia memaparkan pelakon Fattah Amin di dalam sebuah dewan.

Dalam video tersebut, Fattah yang sedang menikmati hidangan menyedari dirinya dirakam oleh seorang wanita.

Dengan mesra, Fattah melambaikan tangan dan mengajak wanita itu serta rakannya untuk bergambar bersama.

“Minat dia sejak zaman belajar di IPTA lagi. Eh, dia nampak, alamak dia panggil pula,” tulis wanita itu dalam keterangan video.

‘Tunggu Ja, dia akan jadi kegilaan wanita semula nanti’ Wanita bangga dapat bergambar bersama Fattah Amin

Wanita tersebut turut meluahkan kegembiraannya dapat bertemu dengan Fattah dan mendoakan yang terbaik buat pelakon kegemarannya itu.

@missjeyyy_97 Dulu2 dia lah wallpaper fon sye. Edit gambar ngan dia hahahhhaa bila dia dah kawin, patah hati pula 😂😂. Tapi rezeki jumpa depan mata kan. 🥰. Moga semuanya baik2 je 🤲🏻. #2024 #fattahaminz #fattah #idola #fyp #fypシ゚ #fypp #beruntung ♬ Sampai Menutup Mata – Mahalini


“Dulu, gambar Fattah jadi wallpaper telefon saya, siap edit gambar dengan dia, hahaha. Bila dia dah kahwin, patah hati juga, tapi rezeki jumpa depan mata. Moga semuanya baik-baik saja.”

Perkongsian video itu telah mendapat perhatian ramai, dengan ramai pengguna lain turut mengenang zaman mereka meminati Fattah sewaktu remaja. Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 1.7 juta tontonan dan 59,000 tanda suka.

BACA: Punca tasik indah di Siberia berwarna merah jambu terjawab juga