Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh tiga menteri Kabinetnya berbohong mengenai keputusan untuk menarik balik
Permohonan semakan dan tafsiran mengenai Pulau Batu Puteh.
Bekas Perdana Menteri itu menyatakan rasa malu kerana mempunyai menteri seperti mereka dalam Kabinetnya.
“Minit mesyuarat Kabinet yang bocor menunjukkan bahawa kenyataan yang dibuat oleh ketiga-tiga menteri itu adalah tidak benar dan palsu.
“Saya malu kerana mereka berada dalam Kabinet saya pada waktu itu tetapi berbohong,”
katanya kepada media selepas melepaskan Konvoi Misi Kemanusiaan Pasca Banjir di Putrajaya pada Selasa.
Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu;
Dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dalam kenyataan bersama mendakwa bahawa Dr Mahathir telah membuat keputusan
untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran mengenai isu Pulau Batu Puteh melalui surat kepada Peguam Negara tanpa merujuk kepada Kabinet terlebih dahulu.
Namun begitu, menurut minit mesyuarat Kabinet yang diterima oleh Ketua Whip Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, keputusan tersebut disahkan sebagai keputusan kolektif Kabinet.
BACA: