Ramai antara kita, baik lelaki mahupun wanita, sering merasa takut untuk menggoreng di dapur kerana risau terkena percikan minyak panas.
Keadaan ini bukan sahaja menyakitkan, malah boleh menyebabkan luka pada kulit.
Melalui perkongsian di TikTok, seorang tukang masak bernama Pak Man berkongsi
Beberapa petua untuk mengurangkan letupan minyak ketika menggoreng,
khususnya ketika menggoreng ikan seperti ikan keli. Berikut adalah tip yang diberikan:
1. Gunakan Asam Keping
Sebelum mula menggoreng, panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian masukkan beberapa keping asam keping. Biarkan seketika di dalam minyak sebelum menggoreng ikan. Selain mengurangkan percikan minyak, asam keping juga membantu menjadikan ikan lebih rangup.
2. Tepung Jagung
Tambahkan satu sudu tepung jagung ke dalam minyak panas sebelum mula menggoreng ikan. Cara ini dapat membantu mengawal percikan minyak yang mengganggu.
3. Kelar Kulit Ikan
Ketika membersihkan atau memerap ikan, gunakan pisau untuk membuat beberapa kelaran kecil pada kulit ikan. Langkah ini bukan sahaja mengurangkan letupan minyak, tetapi juga membantu ikan masak dengan lebih rata.
4. Limau Nipis
Ini antara petua yang paling popular dan berkesan. Rendam ikan yang telah disiang ke dalam air bersama perahan limau nipis. Pastikan kulit ikan disapu dengan limau nipis untuk menghilangkan lendir. Proses ini bukan sahaja mengurangkan percikan minyak tetapi juga memastikan ikan tidak melekat pada kuali.
Petua Tambahan
Gunakan kuali yang bersih dan panaskan minyak dengan secukupnya sebelum mula menggoreng. Ini akan membantu mendapatkan hasil gorengan yang lebih baik.
Selamat mencuba petua-petua ini, dan semoga ia memudahkan kerja anda di dapur tanpa risau terkena percikan minyak panas
BACA: Pemilik butik tudung dipukau dalam kereta sendiri… Serah 2 utas gelang emas