Realtime website trackingweb stats

‘Tuhan bersama bayi itu’ – Orang Barat baru mengaku Tuhan wujud selepas ‘bayi puting beliung’ ini selamat

Oleh ABDULLAH HAMID

Keajaiban pada seorang bayi yang masih selamat dalam keadaan tersangkut pada sebatang pokok selepas dibadai puting beliung, rupanya membuatkan ramai orang Barat baru mengaku Tuhan wujud.

Menerusi saluran TikTok News Wave Hub, reaksi masyarakat Barat dengan mengaitkan kejadian menakjubkan itu yang berlaku di negeri Tennessee baru-baru ini.

Bayi itu ditemui selamat dalam keadaan tersangkut pada sebatang pokok selepas rumahnya dibadai puting beliung, lapor akhbar Mirror UK.

Pusaran angin kencang itu melanda ketika Sydney Moore dan suaminya berada di rumah bersama dua anak mereka iaitu Lord di samping Princeton yang berusia setahun.

Bumbung rumah mudah alih milik pasangan itu diterbangkan angin bersama-sama katil bayi yang turut menerbangkan Lord, lapor Agensi.

“Dia (suami) memegang katil bayi sepanjang masa sebelum mereka tercampak,” kata Moore.

Ketika kejadian, Moore sempat menarik Princeton daripada dihempap dinding runtuh dan berjaya menyelamatkan diri.

Moore dan suaminya kemudian berusaha mencari Lord sebelum menemui mangsa terbaring di atas sebatang pokok tumbang dengan hanya mengalami luka ringan.

“Pada awalnya, saya menyangka dia (Lord) sudah meninggal dunia dan kami tidak akan menemuinya.

“Namun, dia kemudian dilihat berada di pokok itu dalam keadaan baik, seolah-olah diletakkan di situ dengan penuh berhati-hati,” ujarnya.

 

Baca :

‘Ustaz cakap senang sebab semua dah ada’ – Jemaah masjid dedah 4 jenis harta ustaz dah ada 

‘Tampal hari ni, esok berlubang besar balik’ – Heboh daerah ini banyak betul jalan tagih nyawa 

‘Terkilan tak dapat usaha lebih’ – Ini sebabnya Aznil minta maaf selepas Ibnor Riza tiada