Tuah manusia siapa yang tahu, Dolla syukur China terima kehadiran mereka

Oleh FATIN AQILAH

Anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, berasa sangat gembira apabila mereka diterima dengan baik oleh peminat di China.

Syasya, yang nama sebenarnya Noorsyasya Afiqah Sharizal, 23 tahun, berkata bahawa penyertaan mereka dalam program realiti Show It All mendapat sambutan yang positif daripada penonton di negara tersebut.

“Kami bersyukur kerana dapat mewakili Malaysia ke China. Rasanya sangat berbeza sebab selalunya peminat tempatan yang memanggil nama kami tetapi apabila disana kami juga turut mendapat sorakan gemuruh dari penonton.

Tuah manusia siapa yang tahu Dolla syukur China terima kehadiran mereka

“Bila lihat orang luar pun kenal Dolla ia membuatkan kami jadi lebih teruja. Kami pergi makan pun ada yang mengenali dan menegur kami.

“Ia satu petanda positif apabila kehadiran kami diterima dengan baik,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam masa yang sama, Syasya memberitahu tentang tawaran yang diterima oleh penerbit program realiti mengenai Exo Lay Zhang, yang merupakan peluang besar bagi mereka untuk mendapat pengiktirafan di negara tersebut.

“Program ini merupakan survival show terbitan Exo Lay. Saya sendiri merupakan peminat tegar kumpulan Exo sejak kecil lagi jadi apabila mendapat tawaran ini saya sangat teruja untuk menyertainya.

“Ia juga merupakan peluang besar untuk kami mendekatkan diri dengan peminat di luar Malaysia,” ujarnya.

Dikatakan Syasya, Dolla dipanggil sebagai kumpulan senior untuk berkongsi pengalaman masa dia muda dalam seni dengan peserta bertanding.

“Setiap minggu program tersebut akan menjemput kumpulan wanita di seluruh dunia dan episod pertama menampilkan kumpulan Dolla.

“Kami sebagai kumpulan senior wanita akan berkongsi pengalaman dan budaya. Jadi daripada situ peserta-peserta akan belajar daripada pengalaman kami,” katanya.

Dolla akan muncul dalam episod pertama Show It All China yang akan ditayangkan eksklusif di aplikasi Mango TV setiap hari Khamis bermula 28 Mac ini.

Selain itu, Show It All China juga akan menampilkan beberapa kumpulan wanita baru termasuk Pixxie, BoysWorld, Bini, dan G22.

Baca:

Ini rupanya suasana berbuka puasa abang bomba, ramai tabik spring wira merah

Pengunjung ‘dera’ mental staff, sepahkan baju raya di butik

Serba salah nak ketawa, gelagat kembar ini gelakkan ‘member’ nak menangis menghiburkan