Realtime website trackingweb stats

“Tolong abang bomba, adik batuk ni” – Gelagat si cilik comel dah tapi ini sebab netizen pakat ‘sound’

Oleh FATIN AQILAH

Tak pasal-pasal kena ‘sound’ dengan netizen selepas berkongsikan video seorang budak perempuan batuk pun panggil abang bomba.

Rata-rata netizen mengingatkan ibu atau kakak budak perempuan berkenaan yang merakam video itu supaya mengutamakan keselamatan dengan mengenakan tali pinggang keledar.

“Adik ni sepatutnya duduk dan dipakaikan tali pinggang keledar. Lebih-lebih lagi semasa kereta sedang bergerak.

 "Tolong abang bomba, adik batuk ni" - Gelagat si cilik comel dah tapi ini sebab netizen pakat 'sound'

“Malang tidak berbau. Sekiranya terpaksa brek kecemasan, agaknya apa akan terjadi?” kata pengguna Facebook, Shaharom Norida Merican.

Menerusi klip video yang tersebar di media sosial itu, seorang kanak-kanak perempuan dilihat batuk sambil beberapa kali memanggil “Amomba… amomba” (“Bomba… bomba”).

Namun, apa yang mengelengkan kepala penonton, budak itu sedang berdiri tanpa dipakaikan tali pinggang keledar dengan keadaan kereta dinaikinya sedang bergerak.

“Kalau kamu emergency brake, nanti panggil abang ambulans. Ibu yang tidak bertanggungjawab!

“Tak pakai seatbelt, nanti kalau brek mengejut, tercampak, anak cedera. Barulah betul bomba datang nanti.

“Keselamatan harus diutamakan walaupun mak buat content,” demikian antara kecaman netizen.

Baca:

Bella Astillah terkejut dituduh rancang tangkap basah Aliff Aziz & Ruhainies

Pemandu bas sekolah kena ‘check seat’, letak ‘tag’ nombor telefon pada beg murid pun patut dicontohi

Pelbagai resipi bubur yang boleh buat di rumah, kombinasi rasa lemak & manis memikat selera