Pengguna lebuh raya yang menggunakan kereta persendirian akan dapat menikmati tol percuma selama dua hari bermula esok, 8 Februari hingga Jumaat, 9 Februari, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Kementerian Kerja Raya (KKR) memberitahu bahawa pengecualian tol tersebut diberikan selepas persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Tol percuma di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 Februari 2024 (Khamis) dan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 Februari 2024 (Jumaat).
Ini bermaksud kira-kira RM42.99 juta akan digunakan.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini!
“Pengecualian tol akan diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (Kenderaan Persendirian) sahaja di semua plaza tol, kecuali di sempadan negara iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.”
“Tol percuma ini adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina kali ini,” menurutnya.
KKR mengatakan, mereka berharap pengguna lebuh raya akan menggunakan pengecualian tol ini dengan bijaksana dalam merancang perjalanan mereka dengan baik dan diingatkan untuk mengikuti jadual waktu perjalanan atau nasihat masa perjalanan (TTA) yang disyorkan.
“Aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlulah dipatuhi supaya semua pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta,” menurutnya.
KKR juga menasihatkan kepada pengguna semua supaya pengguna dapatkan rehat yang cukup dan pastikan duit dalam kad Touch ‘n Go dan eWallet mencukupi.
Baca:
Garing dan sedap! Individu kongsi resepi roti bakar ala kopitiam, sesuai buat minum petang
‘Sedut dulu, baru pergi sekolah’ – Buat ‘spotcheck’ ada tak ‘pemetik api’ ini!
Hanya guna duit 10 sen untuk cek tayar kenderaan okay ke tidak