Realtime website trackingweb stats

TMJ tunjuk supecar baru, miliki kereta mewah paling eksklusif di dunia

Oleh ADINDA

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini membuat pendedahan mengenai salah satu koleksi kereta mewahnya.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, kereta mewah miliknya itu merupakan edisi pertama keluaran syarikat automobil mewah, Bugatti.

Kenyataan itu dapat dilihat di dalam sebuah plat yang dipercayai dilekatkan di dalam kenderaan keluaran syarikat Perancis itu.

“Bugatti Automobiles S.A.S, Molsheim, France. 1 of 500. HRH Crown Prince of Johor,” tulis plat yang dimuat naik sendiri oleh TMJ itu.

Reka bentuk dalaman kereta jenis Chiron Super Sport itu juga dilengkapi dengan ciri khas yang menepati cita rasa pemiliknya.

TMJ tunjuk supecar baru, miliki kereta mewah paling eksklusif di dunia

Hanya satu di dalam dunia, kereta milik TMJ itu dihias khusus mengikut tema rona biru yang mewakili negeri Johor Darul Ta’zim.

Hiasan dalaman kenderaan mewah milik TMJ

Warna biru itu dilihat menghiasi tempat duduk yang dibuat dari kulit, stereng, gear, bahagian tepi pintu, enjin dan sayap belakang kereta.

Bagai kereta lumba, Chiron Super Sport didatangkan dengan kuasa pecutan pantas dan boleh mencapai kelajuan sehingga 440 kilometer sejam.

Sepandan dengan harga, kenderaan mewah itu turut dilengkapi dengan enjin jenis W1600 dan empat turbo cas berkuasa tinggi.

BACA:Pasta carbonara asli ala kafe mewah ramai tak tahu cara sebenar buat