Realtime website trackingweb stats

Tips tanam kentang dengan isi banyak, dalam polibeg pun menjadi

Oleh NUR KASIH

Biasanya, dalam apa-apa masakan pasti kita akan tambah kentang kan untuk rasa yang lebih sedap. Ataupun kentang ditambah untuk menambahkan kepekatan kuah.

Dalam masakan seperti gulai, sup dan masak sambal, kentang memang sedap dicampur bergantung kepada cara penyediaan.

Dan selalunya, kentang ni kita beli di kedai kan. Tapi kalau nak jimat dan senang, kentang ni boleh je ditanam sendiri.

Cara penanamannya pun mudah. Untuk benih beli saja kentang di kedai tu ya.

Perkongsian cara mudah tanam kentang ini dikongsi oleh Mahadzir Hashim jika ingin cuba tanam di rumah.

Tips tanam kentang dengan isi banyak, dalam polibeg pun menjadi

Bahan-Bahan Untuk Menanam Kentang:

ubi kentang
tanah sebagai media penanaman batas atau polibeg
baja NPK
sungkupan (bahan tambahan jika ada ie: cocopeat)
Langkah Penanaman:

Cambahkan Ubi
Kumpulkan ubi kentang yang sudah mempunyai beberapa tunas pada setiap biji. Susun ubi kentang secara menegak di dalam bekas atau kotak.

Letakkan di dalam bilik yang gelap selama 2 minggu. Pada peringkat ini, ubi kentang tidak perlu disiram. Selepas 2 minggu, pucuk akan mula keluar dari tunas pada ubi kentang.

Sediakan batas
Ukuran batas yang terbaik ialah dengan kedalaman 6 – 8 inci dan jarak antara batas 2 – 3 kaki. Bagi penanaman di dalam polibeg paling sesuai ialah 24 X 24 inci.

Tanam ubi
Bagi penanaman di atas batas, aturkan ubi kentang dengan jarak 1 – 2 kaki antara setiap ubi. Bagi penanaman di dalam polibeg pula, isi tanah di dalam polibeg sebanyak separuh daripada ketinggian polibeg tersebut. Tanam satu ubi atau satu potongan tunas sahaja di dalam setiap polibeg. Kemudian, kambus ubi dengan ketinggian tanah kira-kira 4 inci.

Siraman dan pembajaan
Penyiraman dan pengairan amat penting bagi tanaman kentang. Pastikan tanaman kentang mendapat kadar air secukupnya dengan tanah sentiasa lembap tetapi tidak menakung air.

Kedua-dua jenis pembajaan organik dan kimia sesuai diberikan kepada tanaman kentang. Baja organik boleh dicampurkan dalam tanah sebelum penanaman dillakukan. Kadar pembajaan kimia pula ialah NPK Biru dengan kadar 0.5 kg per 100 kaki persegi.

Pembajaan perlu dimulakan 2 minggu selepas menanam dan diulangi setiap 4 minggu kemudiannya. Hentikan pembajaan 2 minggu sebelum menuai.

Tambah tanah
Bagi tanaman kentang, penambahan tanah adalah perlu. Berlainan dengan tanaman makanan lain lebih-lebih lagi bagi pokok kentang yang ditanam di dalam polibeg.

Tanah perlu ditambah 3 – 4 inci lebih tinggi dari permukaan tanah sedia ada. Tujuannya ialah untuk membanyakkan penghasilan kentang oleh pokok kentang.

Tuai
Pokok kentang mengambil masa 70 – 120 hari untuk matang dan menghasilkan ubi. Tuaian boleh dilakukan apabila daun pada pangkal tanaman mula menguning. Selamat mencuba.

Semoga perkongsian cara mudah tanam kentang ini bermanfaat buat pembaca. Jangan lupa ya aplikasikan cara ini nanti di halaman rumah korang!

BACA: Gaji RM4500 tolak komitmen RM700 masih nak tambah hutang, netizen terkejut dengan penjawat awam