SANTAN merupakan ramuan utama dalam kebanyakan hidangan masyarakat Malaysia.
Namun, santan yang dibeli daripada kedai ada kalanya cair kerana dicampur air dan boleh menjejaskan rasa keseluruhan masakan.
Oleh itu, adalah lebih baik untuk membeli parutan kelapa dan kemudian memerah sendiri santan di rumah, tidak susah pun sebenarnya.
Petua orang lama ni! Tips perah santan nak dapat lebih pekat dan bersih
Malah hasilnya akan lebih pekat, ayuh kita lihat satu-persatu tekniknya seperti yang dikongsikan Afy Al Habibi di laman Facebbok.
Langkah-langkah:
1) Peti ais
Bekukan kelapa parut di dalam peti ais, biarkan ia mengering sedikit. Apabila sudah sampai masa untuk digunakan, rendamkan parutan kelapa itu ke dalam air panas untuk menyahbekukannya.
Parutan kelapa itu akan mengembang semula dan santannya akan lebih banyak apabila diperah.
2) Pengisar (blender)
Masukkan air dan parutan kelapa ke dalam pengisar. Pastikan air melebihi paras kelapa parut. Kisar untuk beberapa kali.
Proses untuk menghasilkan santan di rumah.
3) Penapis
Sediakan penapis dan bekas kecil. Lebih elok sekiranya menggunakan penapis kain seperti yang digunakan di kedai makan.
Tuangkan parutan kelapa yang sudah dikisar ke dalam penapis, sementara itu ramas-ramas parutan kelapa untuk mengeluarkan lebihan santan di dalamnya.
Jika mengikut petua orang dulu, perah parutan kelapa menggunakan ibu jari agar santan yang dikeluarkan lebih tahan lama.
Bagi memastikan santan bersih sepenuhnya daripada sebarang hampas, boleh tapis sebanyak dua atau tiga kali menggunakan penapis teh.
4) Penyimpanan
Jika hendak memudahkan pembungkusan, masukkan santan ke dalam jag dan kemudiannya baru tuang ke dalam plastik. Kemudian ikat ketat menggunakan getah.
Simpan di dalam peti ais. Dengan cara ini santan yang anda dapat akan lebih pekat dan juga terjamin kebersihannya.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Baru tahu ada tips pilih epal manis dan rangup, periksa 5 perkara ini