Pada zaman kini, pinjaman bank seolah olah perkara yang dinomalisasikan andai mahu mendirikan rumahtangga.
Ia berikutan terlalu mengikut budaya menunjuk-nunjuk kemewahan tentang siapa yang lebih kaya dan mewah ketika melangsungkan perkahwinan.
Di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Eliea Milee berkongsi pengalaman bagaimana dia dan pasangannya mengumpul wang sebelum mereka menjadi suami isteri.
“Contohnya jika target simpanan kami mahu buat majlis sekitar RM20,000 tapi kami tambah RM4,000 lagi sekiranya ada apa-apa kos yang perlu ditambah.
“Jadi total RM24,000 dan kami target untuk dapat simpan ni dalam masa dua tahun,” ujarnya.
Simpanan Setiap Bulan
Saya simpan = RM500
Suami simpan = RM500
Total = RM1,000
RM1,000 x 12 bulan = RM12,000
RM12,000 x 2 tahun = RM24,000 (capai target)
Dalam perkongsian Eliea, beliau menyatakan bahawa jumlah wang sebanyak RM24,000 merangkumi kos untuk pakaian pengantin, pelamin, jurugambar, makanan, dan pelbagai perbelanjaan lain.
Tambahnya, dia juga berjaya mengurangkan kos makanan kerana tidak menggunakan perkhidmatan katering, sebaliknya semua hidangan dimasak oleh ahli keluarganya sendiri.
“Untuk target simpanan RM24,000 ni sebenarnya semua termasuk dalam survey majlis kami macam pre-wedding, baju wedding, pelamin, mekap, jurugambar, kek, emcee, sound system, canopy, meja dan kerusi termasuk makanan.
“Makanan saya tidak ambil katering sebab mahal, jadi saya beli barang dan famili yang tolong masak dan ia sangat jimat. Saya habis dalam RM1,800 saja beli barang-barang untuk masakan dan anggaran tetamu dalam 200 orang.
“Kamu kena tahu anggaran tetamu supaya boleh bajet untuk beli barang-barang untuk masakan. Bergambar untuk pre-wedding tidak perlu buat pun tidak apa, tidak wajib, tapi kalau mahu ada kenangan, ada bajet lebih, okey saja,” ujarnya lagi
Dalam perkongsian sama, dia juga menyarankan supaya bakal pengantin mengelakkan membuat pinjaman apa pun agar tidak memberikan tekanan kewangan pada masa hadapan.
“Saya mahu nasihatkan jangan ambil loan atau buat mana-mana pinjaman untuk majlis kahwin. Awak akan sakit kepala dan selalu berfikir macam mana mahu bayar hutang lepas majlis.
“Buat simpanan ikut kemampuan sendiri ya, masing-masing ada cara sendiri untuk buat simpanan. Sebab Ini adalah cara saya dan suami. Saya hanya buat perkongsian.
“Kamu setuju atau tidak, kamu mahu ikut atau tidak, itu terpulang kepada diri sendiri. Pendapat masing-masing ya,” ujar Eliea lagi.
Baca juga:Amelia Henderson jalin hubungan cinta dengan anak Datuk K? Ini respon tuan badan