Masalah storan penuh pada telefon pintar sering menjadi gangguan kepada ramai pengguna.
Meskipun tidak memuat turun banyak aplikasi, storan telefon pintar tetap cepat penuh.
Berikut adalah beberapa aplikasi yang sering digunakan dan menyumbang kepada penggunaan storan yang besar,
serta cara mengatasinya.
1) CapCut
Aplikasi penyuntingan video ini diketahui menyimpan rakaman sebanyak dua kali dalam telefon pintar. Video yang sudah disunting akan disimpan dua kali: satu sebagai hasil akhir dan satu lagi sebagai draf.
Cara Mengatasi:
Pastikan hanya menyimpan versi akhir video yang sudah disunting.
Kerap memadam draf video yang tidak diperlukan.
2) Telegram
Telegram, jika tidak diubah ketetapan, akan memuat turun secara automatik gambar atau video yang sudah ditonton ke dalam telefon pintar.
Cara Mengatasi:
Matikan fungsi ‘automatic media download’ dalam tetapan aplikasi.
Untuk mencari dan memadam fail yang sudah dimuat turun, pergi ke ‘file manager’ dan cari aplikasi Telegram.
3) WhatsApp
WhatsApp juga memuat turun banyak fail seperti rakaman audio dan video ke dalam peranti secara automatik, menyebabkan storan cepat penuh.
Cara Mengatasi:
Matikan fungsi ‘automatic media download’ dalam tetapan WhatsApp.
Kerap memadam fail media yang tidak diperlukan melalui ‘file manager’.
4) Galeri
Gambar jenis ‘live photo’ yang bergerak-gerak selama satu saat lebih juga memakan banyak storan.
Cara Mengatasi:
Kurangkan pengambilan gambar jenis ‘live photo’ jika tidak perlu.
Selepas bercuti atau sesi bergambar, pilih dan simpan hanya gambar terbaik, dan padam yang lain.
Dengan menguruskan storan aplikasi-aplikasi ini dan menghapuskan fail-fail yang tidak diperlukan, anda boleh mengelakkan masalah storan penuh dan memastikan telefon pintar berfungsi dengan lebih lancar.
BACA: Emas 916 boleh luntur warna ke? Lelaki ini ajar cara periksa emas tulen atau palsu