Realtime website trackingweb stats

Tips masak suhun elak kembang dan serap kuah

Oleh NURAIMAN

Suhun (suun) adalah mi halus yang diperbuat daripada kanji.

Kebiasaannya, ia dimasak di dalam hidangan berkuah seperti sup dan lemak putih.

Namun, suhun ini pula boleh menyerap kuah dan kemudiannya kembang.

Sebenarnya, kalau pembaca nak tahu ada tips masak suhun yang mudah untuk mengelakkan ia tidak jadi seperti dinyatakan tadi.

Barulah puas hati sebab dapat menghirup kuah, lebih lagi dengan tekstur suhun yang lembut untuk disedut ke dalam mulut! Jom ikuti tips dari Faraherda di bawah.

Tips masak suhun elak kembang dan serap kuah

Korang suka makan sup suhun dan fucuk campur kentang? Sedap makan panas-panas dengan nasi dan sambal belacan kan?

Tapi, korang kalau masak sup suhun, pernah ada masalah suhun kembang sampai serap habis kuah tak? Tak suka kan?

Dulu saya pun ada masalah ini. Geram je rasa. Kemudian, saya cuba beberapa tips asas, menjadi! Mudah je tips ini, jom buat.

Tips masak suhun tak kembang serap kuah

Suhun jangan letak banyak sangat.

Mesti rendam suhun dulu.

Tuang air lebih dari biasa (kalau sebelum ini letak 1 liter, tambahkan jadi 1.5 liter).

Letak suhun akhir sekali.

Kemudian, kacau sekejap dalam 20 saat.

Terus tutup api dan tutup periuk

Biarkan sahaja suhun masak sendiri dalam periuk itu.

Resepi sup suhun dan fucuk

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
1 kiub ikan bilis
1 pack tofu lembut (pilihan)
1-2 biji kentang potong kecil
Air secukupnya
1 paket set suhun dan fucuk (rendam sampai lembut)
Garam secukupnya.

Selamat mencuba!

BACA: Ramai tak tahu ada cara untuk hapuskan bau kucing dalam rumah