Realtime website trackingweb stats

Tips masak nasi goreng yang lebih sihat

Oleh NURAIMAN

Nasi goreng adalah hidangan ringkas yang menjadi kegemaran oleh semua orang.

Ia menjadi pilihan bukan sahaja ketika sarapan pagi tetapi pada waktu makan tengah hari, petang mahupun malam.

Bagi individu yang sedang berdiet, makan nasi bukanlah risiko untuk jadi gemuk

Ada banyak tips yang boleh anda aplikasikan dalam skill memasak anda untuk lebih sihat.

kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan resepi nasi goreng yang boleh dicuba.

Tips masak nasi goreng yang lebih sihat

Kalori bagi saiz hidangan 1 pinggan atau bersamaan 330 gram adalah sebanyak 637 kalori.

Koleksi resepi nasi goreng sedap

Berikut adalah antara koleksi resepi nasi goreng yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

1. Nasi goreng kampung

Bahan-bahannya:

1.1 kg nasi putih
1 mangkuk ikan bilis
1 ikat sayur kangkung
5-6 tangkai cili padi – hiasan
4 keping fish cake
2 sudu besar sos ikan
4-5 biji telur

1 kiub ikan bilis
½ sudu besar garam
½ sudu kecil gula
1 cawan minyak masak
4-5 ulas bawang putih – saiz besar (dikisar)
6-7 biji bawang merah – saiz besar (dikisar)
3 sudu besar ikan bilis (dikisar)
½ sudu kecil belacan (dikisar)
10 tangkai cili padi merah (dikisar)
10 tangkai cili padi hijau (dikisar)

Cara penyediaannya:

  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga terbit minyak.
  • Masukkan sos ikan, kiub ikan bilis dan gula. Kacau rata. Masukkan fish cake dan kacau rata.
  • Masukkan telur dan biarkan seketika sehingga telur separuh masak, baru dikacau.
  • Masukkan batang kangkung dan kacau rata. Masukkan nasi putih.
  • Masukkan daun sayur kangkung dan cili padi.

Siap!