PENGGUNAAN platform jualan dalam talian semakin popular dalam kalangan pengguna bagi membeli barangan keperluan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.
Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata, pihaknya mendapati lebih ramai pengguna platform berkenaan untuk membeli-belah barang keperluan harian seperti lampin, tisu tandas, bijirin dan beras secara dalam talian.
Dalam tempoh PKP 2.0 ini, Shopee mendedahkan trafik ke platfrom dan aktiviti membeli-belah meningkat dibandingkan dengan PKP pada tahun lalu ketika ia dilaksanakan. Data mereka menunjukkan bahawa rakyat Malaysia ramai membeli produk hiasan rumah dan barangan teknologi.
Tapi ada juga beberapa kes yang terima barang rosak atau berlainan dari yang ditunjukkan dan dianggap telah tertipu. Lelaki ini mendedahkan rahsia elak daripada tertipu ketika membeli online di Shopee
Dengarkan!
https://www.youtube.com/watch?v=Ey13LXu7qxE