Tip atasi rasa susah nak hidup, rupanya cara ini memang jadikan hati tenang

Oleh SHAZLIN AZIZ

Selagi bernama manusia yang bukannya dari keturunan keluarga T20 memang rasa susah nak meneruskan hidup itu sentiasa ada.

Rupanya ada cara untuk mengatasi hidup susah ini malah menjadikan hati tenang memandangkan ramai saja orang yang berduit tapi hidup mereka tertekan.

Penceramah, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkata, jika rasa susah, bersedekahlah pasti berjaya.

Namun, paling penting pesannya jangan berputus asa sebaliknya sentiasa bersangka baik kepada Allah Yang Maha Esa.

“Dia akan murah rezeki. Jangan putus asa buat kerja.

Tip atasi rasa susah nak hidup rupanya cara ini memang jadikan hati tenang

“Jangan kerja kerana nak kaya sebaliknya kerja untuk mencari rezeki yang halal.

“Semua sudah ditulis tapi kita mengikut sangkaan Allah.

“Dalam ayat Qudsi Allah kata, kalau hambaku sangka dia tak dapat kerja sampai ke mati tak dapat kerja,” katanya dalam satu sedutan ceramah beliau.

Oleh itu, nasihat UAI bersangka baiklah selalu kepada Allah bahawa Allah akan murahkan rezeki kita.

“InsyaAllah. Sebenarnya, ketenangan itu yang paling penting.

“Walaupun kita belum dapat lagi kerja tetap tapi hati kita kuat bergantung dengan Allah.

“Kita dapat rasai ketenangan hati walaupun kita tak dapat kerja macam orang lain tapi hubungan kita tidak putus mengharap kepada Allah.

“Allah yang menyejukkan hati kita sebab ramai orang duit banyak tapi tak senang duduk,” ujar UAI lagi.

@kingosmanghazi

Cara Murah Rezeki#fypシ#hijrahyuk #ustazazharidrus #dakwahtiktok #uwa #uai #muslim #ceramah @Ustaz Azhar Idrus Official @Ustaz Azhar Idrus

♬ سبحان الله – Ali Dawud

Baca:

“Saya boleh…” – Orang besar MIG kongsi pengalaman sihir

Umur 40 tahun dah kaya tak perlu kerja, ustaz ini kongsi rahsia seorang jutawan di Pulau Pinang

Sedap makan dengan nasi, rendang maman rupanya ada khasiat, hebat orang Nismilan manfaatkan sayur pahit