Realtime website trackingweb stats

‘Tindakan tegas bakal diambil’ Istana Pahang tampil jawab dakwaan Tengku Hassanal bakal berkahwin

Oleh SHAZLIN AZIZ

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita yang mendakwa akan melangsungkan perkahwinan

Dengan KPDM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Menerusi satu kenyataan, Istana Pahang telah menafikan dakwaan mengenai istiadat perkahwinan tersebut.

Pihak istana memaklumkan bahawa hantaran yang dikongsi oleh seorang individu di Instagram yang memaparkan

kertas bertulis “Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud” adalah palsu.

'Tindakan tegas bakal diambil' Istana Pahang tampil jawab dakwaan Tengku Hassanal bakal berkahwin

Istana Pahang menegaskan bahawa maklumat tersebut tidak benar dan tiada istiadat perkahwinan yang melibatkan KDPM Tengku Mahkota Pahang pada masa ini.

Istana Pahang juga menafikan sebarang kaitan dengan hantaran atau maklumat palsu mengenai perkahwinan diraja melibatkan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang tular di laman media sosial Instagram sejak 24 September lalu.

Susulan daripada itu, Istana Pahang menegaskan bahawa maklumat yang tular di media sosial adalah palsu dan tidak ada kaitan dengan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.

Istana Pahang mengesan hantaran berbentuk fitnah yang dimuat naik oleh individu tersebut dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain daripada portal rasmi Istana Pahang atau media sosial Kesultanan Pahang.

Tindakan tegas boleh diambil terhadap individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat hantaran di media sosial yang berunsur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian, khususnya Istana Pahang.

BACA: Tuang 1 cawan je, confirm tudung sekolah anak anda putih macam baharu!