Realtime website trackingweb stats

Tiktok Malaysia pecat 500 pekerja, ganti dengan AI

Oleh NUR KASIH

Pejabat TikTok Malaysia, yang dimiliki oleh ByteDance, dilaporkan telah memberhentikan lebih 500 pekerja di negara ini.

Menurut laporan di portal The Malaysian Reserve (TMR), keputusan tersebut dimaklumkan kepada kakitangan yang terlibat melalui emel.

TikTok Malaysia membuat keputusan ini setelah majoriti kakitangannya terlibat dalam penghasilan kandungan video yang tidak terhad kepada Asia Tenggara sahaja, tetapi juga di kawasan lain.

TikTok menggunakan gabungan sistem automatik dan manusia sebagai moderator untuk mengendalikan kandungan di platform mereka.

“Proses ini direka khas untuk menapis kandungan yang tidak sesuai, berbahaya, atau melanggar polisi berkaitan kecerdasan buatan (AI)

Tiktok Malaysia pecat 500 pekerja, ganti dengan AI

TikTok melalui pembelajaran yang dikawal selia manusia. Maklum balas daripada manusia digunakan untuk meningkatkan ketepatan dan keupayaan kandungan AI,” jelas mereka pada Khamis.

Pada bulan Jun lalu, Bloomberg melaporkan bahawa ByteDance telah memecat 450 pekerja di Indonesia dan membeli platform e-dagang Tokopedia, yang digabungkan dengan operasi TikTok.

Sebelum ini, CNN melaporkan bahawa syarikat terkemuka dari China itu merancang untuk memberhentikan pekerja di seluruh dunia, melibatkan staf di bahagian pemasaran, khidmat sokongan, komunikasi, pencipta kandungan, dan lain-lain.

Selain itu, bahagian operasi pengguna global TikTok juga dijadualkan untuk dirombak, sementara kakitangan yang tinggal akan dibahagikan kepada unit amanah, keselamatan, pemasaran, kandungan, dan produksi.

Setakat ini, tiada sebarang respons atau kenyataan lanjut dikeluarkan oleh ByteDance mengenai perkara ini.

BACA: Pening cari jodoh tak jumpa-jumpa? Ini cara dapatkan jodoh tak sampai sebulan confirm tak digelar single