Realtime website trackingweb stats

Tiga beranak maut dihempap pokok, rupanya arwah asyik buat kerja ini beberapa hari sebelum maut

Oleh ADINDA

Tiga beranak maut dihempap pokok, rupanya arwah asyik buat kerja ini beberapa hari sebelum maut.

“Ya Allah, apa sahaja yang terbaik untukku, maka Engkau permudahkanlah segalanya.”

Itu status WhatsApp terakhir mangsa maut kereta dihempap pokok, Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40, yang meninggal dunia bersama suami, Nik Mohd Zulmi Ramli, 44 dan anak mereka, Nik Aishah Azzahra, 5, malam tadi.

Status itu dikongsi rakannya yang memuatnaik di laman sosial Facebook selain mengucapkan takziah atas kejadian malang menimpa wanita itu dan keluarga.

Adiknya, Nik Atikah Nik Ab Rahman, 35, berkata, mangsa adalah kakak sulung daripada lapan beradik dan tinggal di belakang Sekolah Menengah (SMK) Kok Lanas.

Dua hari sebelum kejadian, beliau berkata, kakaknya sibuk membersihkan rumah ibu mereka di Kampung Badak tanpa meminta bantuan adik-beradik lain.

“Dia memang penyayang, anak yang baik, cuma beberapa hari ini dia asyik mengemas rumah mak.

“Kebetulan mak ke Kuala Lumpur atas urusan kematian saudara di sana, tapi kali ini dia bersih betul-betul rumah mak, sepatutnya esok (hari ini) dia nak mengelap lantai pula,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Bukit Cina,Kok Lanas.

Katanya, kakaknya bekerja sebagai akauntan di Jabatan Audit Negara, Bandar Baru Tunjung manakala abang iparnya bekerja di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Mas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam kejadian jam 8.04 malam, tiga beranak maut, dua lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap pokok selain turut menghempap sebuah kereta lain.

Pemandu dan penumpang kereta jenis Honda City dinaiki Shamsiemon Mukhtar, 53 bersama isteri, Jahnilawati Mohd Zain, 52 dan tiga anak, Muhammad Aliff, 26; Muhammad Aiman, 23 dan Isyatul Amalin, 20 terselamat apabila dihempap di bahagian belakang kereta.

Kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat dan ribut semasa kedua kenderaan dari Machang menuju ke Kota Bharu.

Baca:

Pelancong asing biasanya masuk hutan dan mendaki Gunung Tahan, lelaki Belanda ini pula teruja pergi masjid

Pakej semadi kucing siap kafan dan baca talkin, penyedia servis dikecam tunggang agama next level

Lelaki diserang sekumpulan monyet hingga jatuh tebing, rupanya ini yang dibuat sebelum tu