Realtime website trackingweb stats

Tidak hairanlah sangkut ‘jammed’ selama 12 hari sejauh 100KM, rupanya negara ini pengeluar terbesar kenderaan

Oleh SHAZLIN AZIZ

Kesesakan lalu lintas merupakan salah satu masalah yang timbul dalam masyarakat moden seiring dengan kemajuan teknologi pengangkutan.

Di Malaysia, masalah kesesakan jalan boleh dilihat terutamanya di bandar-bandar besar ketika orang ramai bergerak pergi bekerja atau pulang ke rumah.

Jika anda merasa penat kerana terperangkap dalam kesesakan berjam-jam, bayangkan pula jika kamu mengalami situasi yang sama seperti yang akan kami ceritakan kali ini.

Tidak hairanlah sangkut 'jammed' selama 12 hari sejauh 100KM, rupanya negara ini pengeluar terbesar kenderaan

Seperti yang kita tahu, China merupakan pengeluar kenderaan terbesar di dunia.

Jumlah penduduknya yang melebihi 1 bilion menjadikan mereka antara pemilik kenderaan peribadi terbanyak di dunia juga.

Oleh itu, bukanlah suatu kejutan jika kesesakan jalan raya paling teruk dan berpanjangan pernah berlaku di negara tersebut, khususnya di Beijing.

Peristiwa yang tidak disangka berlaku, dengan kesesakan jalan yang paling teruk di dunia pada 14 Ogos 2010, melibatkan lebih daripada 100 kilometer laluan jalan dengan ribuan kenderaan terlibat.

Kesesakan ini berlarutan selama 12 hari, di mana setiap hari, kereta hanya bergerak kurang daripada 1 kilometer.

Ada juga pemandu yang terperangkap dan tidak dapat bergerak langsung selama lima hingga enam hari berturut-turut.

Salah satu sebab utama kesesakan lalu lintas yang paling teruk di China.

Apabila insiden itu berlaku, kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan di lebuh raya yang menghubungkan Beijing dan Tibet.

Pada hari tersebut, kehadiran kenderaan logistik seperti lori, treler, dan sebagainya menyebabkan sehingga 50 peratus daripada laluan lebuh raya digunakan.

Satu contoh adalah peningkatan yang ketara dalam pengangkutan trak arang batu dari Mongolia ke Beijing melalui lebuh raya tersebut.

Bermula dari tahun 2009, jumlah arang batu yang diangkut adalah 602 juta tan dan meningkat kepada 730 juta tan pada tahun 2010.

Kedua-dua faktor ini dianggap sebagai punca utama kesesakan lalu lintas yang teruk.

Tambahan pula, beberapa kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku pada tempoh tersebut, yang menyebabkan kesesakan bertambah lebih teruk.

Pihak berkuasa di China sedang berusaha menangani masalah kesesakan lalu lintas yang serius.

Akibatnya, pihak berkuasa tersebut telah memerintahkan syarikat arang batu untuk menangguhkan operasi mereka pada waktu pagi.

Kenderaan logistik hanya dibenarkan masuk ke Beijing pada waktu malam atau selepas trafik berkurang.

Pada akhir Ogos 2010, pihak berkuasa berjaya menyelesaikan sepenuhnya masalah kesesakan lalu lintas.

Ada individu yang cuba memanfaatkan situasi kesesakan lalu lintas ini.

Kesesakan yang teruk juga membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat.

Namun, terdapat individu yang mengambil kesempatan terhadap situasi ini dengan menjual makanan dan minuman pada harga yang sangat tinggi.

Situasi ini menyebabkan sesetengah pemandu terpaksa berlapar kerana tidak mampu membeli makanan yang sangat mahal.

Baca:

Penduduk gelar remaja ini ‘Newton versi Gaza’ selepas hasilkan sumber elektrik guna barang terbuang

Mak Shila Amzah dah mula luah rasa rindu, ini nasihat netizen kepada Mamazie

Orang Penang buat hal! Lelaki ini pecah rekod makan tak ingat dunia dalam masa 55 minit