“Tiba-tiba kereta depan brek, saya nampak wanita bergolek atas jalan” – Saksi. Satu kejadian tragis dan mengejutkan berlaku di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) berhampiran R&R Awan Besar, apabila seorang wanita dilaporkan dicampak keluar dari sebuah van yang sedang bergerak laju.
Insiden yang berlaku pada waktu siang itu disaksikan oleh orang awam yang sedang melalui lebuh raya tersebut. Apa yang lebih memilukan, wanita tersebut sempat merayu meminta bantuan pernafasan (CPR) sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Tiba-Tiba Kereta Depan Brek, Saya Nampak Wanita Bergolek Atas Jalan” – Saksi
Menurut laporan Kosmo!, seorang saksi, Faizan Ahmad, berkata dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerja ketika insiden berlaku.
“Kereta di depan saya brek secara tiba-tiba. Bila saya perhatikan, saya nampak seorang wanita tergolek di tengah jalan. Orang ramai terus keluar dari kenderaan untuk membantu.”
Faizan menyatakan wanita tersebut masih bernyawa ketika ditemui dan dalam keadaan lemah meminta bantuan CPR.
“Saya terus buat panggilan kecemasan, tetapi saya tak sanggup beri bantuan sebab terlalu banyak darah. Mujurlah ada individu lain yang berani dan cuba bantu,” katanya.
Malangnya, tidak lama kemudian ambulans tiba dan mengesahkan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Keadaan Fizikal Mangsa Sangat Teruk
Faizan turut mendedahkan keadaan fizikal mangsa sangat menyayat hati, dengan kesan lebam yang ketara di seluruh badan. Ini menimbulkan tanda tanya besar tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada wanita itu sebelum dicampak keluar dari van berkenaan.
Van Terus Lari, Tak Dapat Dikenal Pasti
Menurut Faizan lagi, dia tidak dapat mengecam nombor pendaftaran atau model van kerana kenderaan lain menghalang pandangan, namun dia sempat melihat van tersebut memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.
Polis Sahkan Mangsa Wanita 44 Tahun, Berasal Dari Perak
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, mengesahkan menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu sekitar jam 2.58 petang.
“Mangsa merupakan wanita berusia 44 tahun, beralamat di Menglembu, Ipoh, Perak. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya.
Siasatan Sedang Dijalankan, Pihak Polis Buru Suspek
Berdasarkan maklumat awal, wanita itu dipercayai dicampak keluar dari sebuah van sebelum pemandu kenderaan terbabit terus melarikan diri.
Pihak polis kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti suspek dan motif kejadian, yang disifatkan sebagai amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Orang Ramai Diminta Bantu Salur Maklumat
Polis turut menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat atau rakaman dashcam berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan.
BACA JUGA :
270 jemaah negara ini akhirnya tiba di Mekah selepas 12 tahun
Tiada ‘tongkat’ tapi gagah berdiri, ini sebab Melayu Singapura berjaya
SARA dah ada, Kad Madani pula dah, apa fungsi kad Madani ni?