Tiada angin tiada ribut, gosip mengenai balu penyanyi Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim
sedang hangat diperkatakan kononnya beliau bakal berkahwin dengan seorang artis dalam masa terdekat.
Menurut laporan Harian Metro, kad jemputan untuk hari bahagia pasangan selebriti itu dilaporkan
sudah diedarkan di kampung Ina, yang terletak di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Namun, Ina menafikan khabar angin tersebut dan berseloroh, “Artis mana pula yang nak dengan Ina ni? Dah la anak ramai.”
Sejak pemergian suaminya, Ina sering menjadi tumpuan ramai, bukan sahaja kerana bakatnya dalam dunia seni, tetapi juga sebagai seorang ibu yang tabah membesarkan anak-anaknya sendirian.
Kini, dengan pelbagai spekulasi mengenai kehidupannya yang terus beredar, Ina menegaskan bahawa dia lebih fokus kepada anak-anak dan kariernya.
Melalui WhatsApp, Ina juga menyelitkan emoji ketawa dan meminta maaf kerana mempunyai urusan lain, lalu tidak membalas mesej seterusnya.
BACA: Baju bau hapak selepas dicuci? Pasti anda lupa ‘step’ ini