Realtime website trackingweb stats

Tetamu ‘open house’ disambut dengan bau hancing, cara urus si bulus undang perdebatan netizen

Oleh ABDULLAH HAMID

Kebanyakkan pemilik kucing menganggap kucing kesayangan mereka sebagai sebahagian daripada keluarga mereka sendiri.

Oleh itu, tidak menghairankan bahawa ramai pencinta haiwan memilih untuk memelihara kucing di rumah mereka.

Di platform Facebook, seseorang berkongsi pengalaman mengenai kunjungan ke rumah seorang pemilik kucing baru-baru ini.

Tetamu 'open house' disambut dengan bau hancing, cara urus si bulus undang perdebatan netizen

Menurut pemuda itu yang dikenali sebagai Hanafi Azizi, dia merasakan tidak selesa apabila kedatangannya ‘disambut’ dengan bau yang kurang menyenangkan.

“Kisah bertandang ke rumah pemelihara kucing.

Di rumahnya banyak kucing.

Saya juga suka kucing, tapi saya rasa cara manusia mengurus kucing banyak yang perlu diperbaiki untuk elak masalah.”

“Masuk saja ke rumah, Nauzubillah.

Kuatnya bau hancing kucing.

Dalam hati saya tertanya, macam mana semua ahli rumah ni boleh bernafas dengan bau hancing begini?”

“Saya duduk saja di kerusi, saya terhidu bau hancing pada kerusi.

Saya diam tapi muka terpancar rasa kurang selesa.” Ujar Hanafi Azizi

“Tak segan ke dengan tetamu-tetamu datang ke rumah yang dijamu dengan bau demikian?” ujarnya melalui hantaran di group B40 Buat Perangai Apa Harini.

Menurut Hanafi, dia juga risau dan bimbang sekiranya najis kucing yang tidak dibersihkan dengan betul akan melekat pada pakaian, yang boleh menjejaskan ibadahnya.

“Bukan masalah saya? Saya duduk saja di kerusi, saya terhidu bau hancing pada kerusi.

Saya diam tapi muka terpancar rasa kurang selesa.”

“Agaknya macam mana kalau najis-najis kucing tu melekat pada pakaian saya kemudian saya pergi solat?

Sah ke?”

“Macam mana kalau ahli-ahli rumah ni yang dah berwuduk nak solat tapi sebelum sampai ke bilik, terpijak sisa najis kecil kucing? Adakah sah solatnya?” beliau tertanya-tanya.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, antara syarat sah solat mestilah suci daripada najis badan, pakaian dan tempat solatnya.

Di ruangan komen, golongan netizen yang turut bersetuju dengan pandangan Hanafi dan menyuruh pemilik kucing agar lebih peka terhadap soal kebersihan.

Malahan, seorang individu turut berkongsi pengalamannya yang tidak berselesa dan tidak berselera untuk menjamu juadah di rumah terbuka kerana kediaman pemilik yang berbau najis kucing.

“Hidung dia dah lali dah dengan bau tu.

Sampai tak boleh beza.

Agaknya kalau bagi tahi kucing dengan asam jawa pun tak boleh nak bezakan.”

“Saya pernah datang open house yang bau najis dan air kencing meow, memang tak ada selera nak telan laksa.”

“Masuk muka pintu pun dah bau kalau rumah pencinta kucing B40,” kata netizen.

Pada masa itu, segelintir pengguna Facebook turut memberi teguran terhadap perkongsian tersebut yang dianggap membuka aib tuan rumah.

“Masalah rumah orang bukan urusan kita.

Butakan mata seolah-olah kau tidak melihat apa yang kau nampak dan bisukan mulut untuk mengelakkan dari kau berbicara tentang hal-hal dalam rumah orang lain.
Kerana ia bukan urusan kita.”

“Orang lama kata masuk rumah orang butakan mata, keluar rumah orang bisukan mulut,” antara komen netizen.

Baca:

Ganti balik belanja ‘dating’ berjumlah RM142 termasuk makan bakso, paksaan lelaki tangkai jering ini melucukan

Warga maya geram tengok realiti sebenar peniaga buang air balang tak terjual dalam longkang

“Saya terkilan..” – 2 tahun berlalu, Dayang selesai rakam lagu terakhir Rudy Imran