Realtime website trackingweb stats

Teruja sambut Ramadan, mat salleh ‘fly’ ke Malaysia

Oleh SHAZLIN AZIZ

Bulan Ramadan sentiasa disambut dengan penuh kemeriahan oleh masyarakat Muslim di Malaysia. Dari dekorasi, makanan, sehingga ibadah, betapa hebatnya warga tempatan meraikan kehadiran bulan mulia ini dapat dilihat.

Perkongsian terbaru di laman TikTok @twowhitemuslims telah menjadi tular, menunjukkan kedua-dua individu Muslim dari kalangan ‘Mat Saleh’, Mohammad Yusuf dan Junaid Rahim, memuat naik video ketibaan mereka ke Malaysia untuk menyambut Ramadan.

Mereka berdua telah melawat Malaysia pada Ramadan tahun 2023 untuk merasai sambutan masyarakat tempatan semasa bulan mulia ini.

Berikutan pengalaman yang memukau pada tahun sebelumnya, mereka membuat keputusan untuk menyambut Ramadan sekali lagi di negara ini.

Teruja sambut Ramadan, mat salleh 'fly' ke Malaysia

Selain menjalankan ibadah di pelbagai masjid di seluruh negara, mereka turut kagum melihat kepelbagaian juadah menarik di bazar Ramadan. Di samping itu, mereka juga menerima sambutan mesra dari penduduk tempatan, bahkan ada yang sudah lama berkenalan dengan mereka sebelum ini.

Tidak hanya itu, mereka juga turut menyertai sesi berbuka puasa dan berinteraksi dengan penduduk tempatan semalam (14 Mac).

Pada masa yang sama, mereka juga turut memuji azan yang dilaungkan oleh bilal, seolah-olah mereka merasai keindahan dalam setiap laungan suara merdu muazin menyampaikan azan solat Subuh itu.

Kini, mereka kerap berkongsi kandungan di platform media sosial mereka tentang pengalaman mereka di Malaysia dan sering berpindah dari satu lokasi ke lokasi yang lain untuk meneroka keunikan sambutan di negara ini.

@twowhitemuslims Beautiful AZAAN here in MALAYSIA #malaysiatiktok #muslimtiktok #islam #azaan ♬ original sound – @twowhitemuslims

Baca:

Waktu bersahur tanpa baca doa ini amat rugi, macam lepas peluang keberkatan Ramadan

Tips naik bas supaya perjalanan jauh lebih selesa, no 3 paling penting

Resipi sambal bilis buka selera, stok sahur kesukaan anak bujang