Pakar perubatan, doktor, dan pakar bedah adalah beberapa orang yang kita bergantung kepadanya.
Kami selalu berharap mereka dapat mengenalpasti masalah kesihatan yang kita hadapi.
Walaubagaimanapun, mereka juga manusia dan tidak luput daripada melakukan kesilapan.
Kesilapan yang dibuat oleh doktor bukan perkara yang boleh diambil sambil lewa.
Ini kerana kecuaian dalam tindakan doktor boleh mengakibatkan kematian atau kecacatan serius yang kekal sepanjang hayat seseorang.
Dalam artikel ini, kami akan senaraikan beberapa kesilapan perubatan yang terkenal yang pernah berlaku akibat kecuaian doktor.
1. Pembedahan pada bahagian kepala yang salah
Kesilapan dalam melaksanakan pembedahan merupakan satu kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang doktor.
Pakar bedah otak di Hospital Rhode Island telah melakukan kesilapan ini sebanyak tiga kali kepada tiga pesakit yang berbeza pada tahun 2007.
Dua daripada kesilapan ini berjaya diperbetulkan dengan menutup semula tempat pembedahan sebelum merawat bahagian kepala yang betul, tetapi malangnya salah satu daripada kesilapan tersebut telah menyebabkan kematian seorang pesakit berusia 86 tahun.
Lebih mengejutkan, doktor yang melakukan kesalahan ini hanya digantung lesennya selama dua bulan sahaja!
2. Tersilap buang buah zakar
Seorang bekas askar telah pergi ke hospital untuk rawatan kerana mencurigai kanser pada salah satu buah zakarnya.
Namun, semasa Benjamin Houghton menjalani pembedahan di Pusat Perubatan VA Los Angeles untuk membuang buah zakar kirinya, pakar bedah telah tersalah dan membuang buah zakar sebelah kanan yang sihat.
Kesilapan perubatan ini berlaku kerana pakar bedah tersebut tersalah mengenal pasti buah zakar yang betul sebelum membuat pembedahan.
Akibatnya, Benjamin dan isterinya telah mendakwa hospital tersebut untuk ganti rugi sebanyak US$200,000.
3. Tersalah potong kaki
Willie King sepatutnya menjalani pembedahan untuk memotong kakinya yang sakit pada tahun 1995 yang lalu.
Tetapi, doktor yang bertanggungjawab telah keliru dan memotong kakinya yang lain.
Semasa siasatan dibuat, ternyata kaki yang salah telah dicatatkan di papan hitam di bilik bedah dan dalam sistem komputer hospital.
Bahkan, jururawat juga telah menyediakan kaki yang salah sebelum doktor bedah, Dr Rolando Sanchez tiba di bilik bedah.
Semasa perbicaraan, doktor menyatakan bahawa kedua-dua kaki pesakit ini tidak sihat dan pada akhirnya, kedua-dua kaki tersebut perlu dipotong.
Doktor ini kemudiannya diarah untuk membayar denda sebanyak US$10,000 dan lesennya digantung selama enam bulan.
4. Pesakit sedar masa pembedahan
Biasanya apabila seseorang menjalani pembedahan, mereka akan diberi dua jenis bius.
Satu jenis bertujuan untuk melumpuhkan pesakit supaya tidak bergerak, manakala yang satu lagi bertujuan untuk mengelakkan rasa sakit dan membuat pesakit tidur.
Pada tahun 2006, Sherman Sizemore menjalani pembedahan.
Bius pertama untuk melumpuhkannya berjaya diberikan, tetapi bius kedua gagal.
Oleh itu, Sherman sedar sepanjang pembedahan tetapi tidak dapat bergerak atau bercakap.
Selepas 16 minit pembedahan, pasukan perubatan baru sedar bahawa Sherman masih sedar.
Malangnya, hospital tidak memberitahu Sherman tentang kesilapan yang mereka buat dan memberinya dadah untuk hilangkan ingatannya setelah mereka sedar akan kesalahan tersebut.
Kerana kesilapan semasa pembedahan itu, Sherman mula mengalami masalah psikiatri seperti serangan panik dan mimpi buruk.
Beberapa minggu kemudian, dia mengambil tindakan drastik dengan mengambil nyawanya sendiri.
Tindakan drastik Sherman ini adalah akibat kesilapan semasa pembedahan, yang juga berlaku kepada ribuan pesakit setiap tahun.
Anak-anak Sherman telah mendakwa hospital dan kes itu diselesaikan secara rahsia.
5. Bawa masuk bekas tak bertanda dalam bilik bedah
Seorang jurugambar terkenal, Bob East, telah didiagnosis dengan kanser kornea pada tahun 1985.
Akibatnya, matanya terpaksa dibuang.
Bob telah memutuskan untuk mendermakan matanya kepada sebuah sekolah perubatan untuk digunakan oleh pelajar perubatan dalam penyelidikan kanser mata.
Semasa menjalani pembedahan untuk membuang matanya di Hospital Jackson Memorial di Miami, seorang pekerja yang terlibat dalam pembedahan membawa satu bekas kaca tanpa tanda di dalam bilik bedah yang berisi cecair seperti formaldehid yang digunakan untuk memelihara mata yang akan didermakan.
Walau bagaimanapun, sebelum pembedahan, pakar bedah telah menarik keluar sedikit cecair serebrospinal untuk disuntik semula ke dalam tulang belakang Bob, tetapi dia telah tersilap dan menyuntikkan cecair formaldehid tersebut, menyebabkan kegagalan otak dan kematian pesakit ini lima hari kemudian.
Siasatan bedah menunjukkan bahawa cecair yang disuntikkan telah mengkristal dan mengubah organ Bob menjadi batu.
Kes ini menyebabkan polisi mengubah peraturan dan mengharamkan penggunaan bekas tanpa tanda dalam bilik bedah.
Baca:
Kempen servis istimewa, Toyota tampilkan Vios baharu dengan Veloz
Lagi kes maut tertinggal, toleh ke ‘seat’ belakang sebelum tinggalkan kereta
Pakej muka hauk dan tak… Aliff Syukri dikecam netizen selepas ‘face shaming’ calon temuduga